Sembilan Pelarian Maut ‘Beku’ Di Sempadan Syria-Lubnan

1852

Mayat sembilan pelarian Syria yang menyeberang ke Lubnan telah ditemui beku di kawasan pergunungan berhampiran sempadan dengan Syria, menurut tentera Lubnan.

Pihak tentera berkata dalam satu kenyataan, mayat ditemui di ‘laluan penyeludupan’ pada awal pagi Jumaat selepas ribut salji melanda kawasan Masnaa, di mana terletaknya sempadan rasmi Lubnan dan Syria.

“Tentera selamatkan enam pelarian Syria yang lain, salah seorang daripada mereka meninggal dunia kemudian di hospital kerana radang dingin,

“Mayat telah dibawa ke hospital di kawasan itu, dan tentera terus mencari orang lain pelarian terperangkap dalam salji, untuk membawa mereka keluar dan memberikan rawatan perubatan untuk mereka.” kata kenyataan itu, menjadikan jumlah kematian kepada 10.

Identiti pelarian Syria tidak diketahui, nanakala menurut beberapa laporan, sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak telah ditemui di kalangan mayat tersebut.

Suhu jatuh pada hari Jumaat seperti ribut musim sejuk menyelubungi sempadan kedua-dua itu menjadikan kehidupan para perlarian lebih sukar.

Tidak kurang daripada 357,000 orang mangsa perang Syria tinggal di khemah-khemah sementara di Bekaa Valley, 60 kilometer ke utara Masnaa.

Al Jazeera melaporkan pelarian Syria terpaksa menghadapi pelbagai cabaran semasa musim sejuk.

Mereka tinggal di khemah-khemah yang diperbuat daripada kepingan plastik, yang tidak sedikit untuk melindungi mereka dari sejuk dan hujan.

Hammadi Chelbi, pelarian Syria yang telah tinggal di Bekaa Valley selepas dia melarikan diri dari konflik Syria sejak tahun pertama, memberitahu, beliau dan keluarganya hidup dalam kesengsaraan.

“Kami tidak meiliki apa-apa kecuali kesakitan, penyakit dan penderitaan, kami kehilangan segala-galanya,” katanya.

Terdapat satu juta pelarian Syria yang berdaftar di Lubnan, walaupun pegawai kerajaan menganggarkan bahawa jumlahnya lebih besar, hampir kepada 1.5 juta.

Agensi pelarian PBB (UNHCR) berkata mereka tidak mendapat sebarang bantuan kewangan yang diperlukan, untuk membantu pelarian Syria di Lubnan bagi melalui satu lagi musim sejuk yang teruk.

Tahun lepas, agensi itu meminta $ 228 juta, tetapi menerima kurang daripada 60 peratus, memberi amaran bahawa hidup di kem-kem pelarian di situ, menjadi semakin teruk.