Oleh : Najmiah Kasim
KUALA NERUS – Selain daripada memantapkan jentera pilihan raya, PAS membuka potensi diri ahli dan penyokongnya bagi menerokai peluang kerjaya pada masa hadapan.
Pengarah Program Bengkel ‘Photoshop’ Kuala Nerus, Ahmad Faizol Bin Mohd Yusof berkata, dunia sekarang semakin canggih dengan teknologi dan media, semua di hujung jari.
“Tidak ketinggalan khursus ini yang bertujuan untuk melahirkan generasi yang bijak IT,” menurut beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, yang diadakan di Kompleks Tarbiyah.(KOMTAQ) pada Jumaat, 19 Januari 2018.
Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus, YM Raja Arizal Bin Raja Ariff berkata, bengkel tersebut adalah sangat penting bagi petugas di kangan orang muda.
“Bengkel ini memang perlu diadakan dikalangan kita, untuk kita mencari pelapis yang mahir di dalam bidang IT, ini kerana kekurangan (generasi) penyambung dalam medan media sosial ini.
“pentingnya anak muda menguasai media kerana ingin menyebarkan maklumat-maklumat yang betul kepada masyarakat,” ujarnya ketika merasmikan pentutup Bengkel itu.
Seramai lebih 20 orang, wakil-wakil dari semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Kuala Nerus menyertai Program bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.





























