Isu Babi Berkeliaran Jangan Dipandang Remeh

4021

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Babi hutan atau ‘khinzir yang berkeliaran di kawasan kampung tidak bolah dipandang ‘enteng’ oleh pihak berkuasa dan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, ia akan membawa mudarat sekiranya tidak diambil tindakan.

“isu babi ini jangan di remehkan kerana binatang ini membawa mudarat pada penduduk kampung

“apatah lagi di dalam DUN Wakaf Mempelam ini (yang) majoritinya adalah Melayu Islam,” ujarnya.

Beliau yang membawa isu tersebut ke dalam Persidangan DUN bulan lalu berkata demikian ketika ditemui di rumahnya semalam, Isnin 15 Januari.

Menurutnya, semakin banyak aduan yang diterima daripada orang kampung yang melihat kelibat babi tersebut di waktu siang hari, berhampiran rumah mereka.

“saya sendiri dah pernah buat laporan bila di belakang rumah saya terdapat semak di mana terdapat beberapa ekor babi yang agak besar,

“dan kehadiran babi ini menakutkan orang orang kampung sekitar yang selalu berjalan kaki keluar ke jalan raya,” jelasnya.

Oleh itu beliau menggesa kerajaan negeri melalui agensi seperti PERHILITAN dan Rela, agar mengambil tindakan segera bagi membendung perkara tersebut.

“pernah beberapa bulan lalu agensi kerajaan PERHILITAN bersama Rela, turun memburu babi babi ini tetapi setakat mana keberhasilan mengekang kehadiran binatang ini , wallahu’alam,

“saya amat berharap supaya agensi yang berkaitan dapat lebih kerap turun untuk memantau isu babi ini kerana jelas semakin membiak ke merata kampung,” katanya.

Antara kampung bintang tesebut sering berkeliaran kata beliau ialah. di sekitar Wakaf Che Kapor, Paloh, Seberang Baroh dan beberapa lokasi lain.

Seorang wanita Rogayah Jusoh dari Kampung Paloh berkata, perkara tersebut sudah dimaklumi oleh semua warga ‘kariah’ itu.

“masalah babi masuk kampung dah lama diketahui tetapi tiada tindakan yang sewajarnya di ambil oleh pihak berwajib menyebabkan spesis ini makin membiak dan menganggu ketenteraman orang ramai,

“di sekitar Surau Kuning kampung ini selalu ternampak beberapa ekor babi berkeliaran dan menyebabkan kaum wanita yang nak datang ke surau takut di serang,

“kerana babi ini agak besar dan berkumpulan,” katanya.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah DUN Wakaf Mempelam, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, isu babi yang semakin berkeliaran adalah kerana sikap tidak prihatin agensi berkaitan.

“isu babi berkeliaran bukan isu baru tetapi sudah lama ditimbulkan tetapi sikap ‘acuh tidak acuh’ agensi berkaitan yang menanganinya,

“sekali sekala diambil tindakan……kemudian tidak di susuli lagi menyebabkan babi ini membiak dengan cepat dan mengancam orang kampung, seolah-oleh ia tidak takut lagi kepada orang ramai,” ujarnya.

Katanya, beberapa hari lepas, sebuah kereta jenis Perodua Alza telah terlanggar seekor babi di jalan Pulau Musang.

“nasib baik tidak melibatkan kecederaan parah pada pemandu kereta…….saya amat berharap isu ini ditangani sebaiknya.

“kerana ianya bukan isu yang remeh sebagaimana di perkatakan oleh seorang ADUN Barisan Nasional dalam Persidangan DUN baru baru ini,” kata beliau kesal.