Oleh: Khalid Abdullah
KEMAMAN – Peranan parti DAP yang telah mendominasi Pakatan Harapan (PH) menyebabkan ramai pengundi Umno akan beralih memberi sokongan kepada PAS.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS meletakan sasaran menarik 15% peratus undi ahli-ahli Umno yang benci terhadap penyelewangan dalam parti mereka serta isu-isu berkaitan seperti 1MDB, cukai GST, bebanan ekonomi serta anti DAP untuk memberi sokongan kepada PAS.
“Kumpulan ini tidak bersama PH kerana menentang dominasi DAP, jika menang DAP akan menguasi jumlah besar kerusi berbanding parti-parti dalam PH”
“Dulu, mereka tidak menyokong PAS kerana menganggap PAS sebagai ‘kuda tunggangan” DAP,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Program Ijtima’ Amilin Pilihanraya Umum (PRU) ke-14, anjuran PAS Kawasan Kemaman yang diadakan di Dewan Pusat Pengajian Taman Islam, Bakau Tinggi, di sini pada Jumaat semalam.
Katanya, apabila PAS mengadakan perjumpaan dengan hampir 200 buah pertubuhan bukan kerajaaan (NGO), mereka memberitahu bahawa dalam pilihan raya dulu, kami telah bermesyuarat bahawa semua NGO mengekalkan sokongan kepada Umno.
Beliau berkata, walaupun mereka sangat mahu undi PAS semasa itu, dominasi dalam Pakatan Rakyat oleh DAP menyebabkan semua NGO menarik sokongan dan tidak menyokong PAS.
Namu begitu, menurut beliau, pada pilihan raya kali ini, senario tersebut akan berubah.
“Kali ini mereka akan menyokong PAS, untuk mengetuai perubahan di Malaysia” jelasnya
Sementara itu, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dalam ucapan beliau berkongsi rasa bangga dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Datuk Ustaz Husain Awang yang turut menyampaikan ucapan dan kehadiran lebih 600 orang petugas parti yang menghadiri Program Ijtima’ Amilin PRU ke-14 berkenaaan.











