LTTE Masih Dalam Senarai ‘Pengganas’ EU

3541

Oleh : Sazali Mohd Noor

Perjalanan 530 kilometer (KM) pergi dan balik dari Colombo ke Trincomalee, walaupun agak meletihkan, namun berbaloi.

Sebaik sampai di bandar pelabuhan timur Sri Lanka itu, KAMI ditemukan dengan Setiausaha kepada Ahli Parlimen Trincomalee M. S. Thowfeek , Sanoos Muslimeen.

KAMI sangat bertuah, walaupun beliau bermukim di Colombo, beliau ada di kampungnya di Kinniya 20 km dari Trincomalee, dan berbesar hati untuk membantu.

Perjalanan ke perkampungan Majid Nahar, antara kawasan yang diserang oleh militant Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) pada tahun 2004, mengambil masa selama setengah jam dari Kinniya.

(Gambar atas – Bandar Kinniya, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar pelabuhan Trincomalee)

Van yang KAMI naiki terpaksa meredah jalan berlubag dan berlopak, dan akhirnya terpaksa berhenti sebelum sampai ke destinasi tujuan KAMI.

Setelah berjalan kaki kira-kira dua km, kami bertermu dengan Ketua Kampung dan Imam masjid, Mohamed Hakeem Mohamed Salleh, salah seorang mangsa perang dan bekas pelarian.

Beliau telah melarikan diri dari kampung halamannya apabila LTTE menyerang dan hanya kembali setelah 10 tahun kemudian pada 2014.

Hakeem berkata, apabila beliau dan keluarganya mengetahui LTTE masuk ke kampung dan membunuh penduduk, beliau bimbang dan takut lalu mengambil langkah meninggalkan rumah dan tanah tempat tumpah darahnya itu.

(Gambar atas – Hakim menerima sumbangan dari Ketua Delegasi Misi Korban Sri Lanka Moha Kamal Ismail)

Seramai 60 orang, jiran tetangga dan sanak saudaranya telah menjadi korban keganasan LTTE dan tanah-tanah mereka telah dirampas dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Setelah keadaan benar-benar aman dan apabila LTTE telah dikalahkan oleh kerajaan Sri Lanka pada tahun 2009, Hakeem dan keluarganya kembali semua ke Masjid Nahar.

Sebuah premis yang pernah menjadi kem LTTE di kampung tersebut masih menjadi kem tentera setelah diambil alih askar kerajaan.

Hakeem bersyukur kerana dapat pulang walaupun dalam keadaan serba kekuranganya, tanpa kemudahan asas yang lengkap.

(Gambar – Penulis dijamu makan oleh Sanoos dalam satu majlis walimah keluarganya)

Beliau menghargai usaha kerajaan Sri Lanka yeng telah membina rumah-rumah kecil kepada para penduduk dan memberikan peluang memiliki semula tanah untuk bertani dan memelihara ternakan.

Seramai 80,000 hingga 10,000 orang dianggarkan telah terbunuh sepanjang konflik selama 25 tahun dengan LTTE yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1975.

Bekas Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa telah menyampaikan ucapan kemenangan keatas LTTE di parlimen pada19 Mei 2009 dan mengisytiharkan bahawa negaranya telah ‘dibebaskan’ daripada keganasan.

Pada 26 Julai, 2017, EU masih menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas dan semua asetnya terus dibekukan.

***Sazali Mohd Noor ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Indiendan (KAMI) Terengganu, yang masih dalam perjalanan Delegasi Korban Sri Lanka 2017