PRaya Olok-olok tanda PRU-13 terlalu hampir

817

KUALA TERENGGANU – Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman menggambarkan Pilihan Raya Umum ke-13 hampir tiba melalui usaha UMNO untuk mengadakan pilihan raya olok-olok.

Ariffin bagaimanapun menganggap usaha mengadakan pilihan raya olok-olok itu bukanlah perkara pelik dan tidak bimbang dengan gerak kerja parti itu.

“Usaha UMNO itu menunjukkan bahawa pilihan raya akan berlangsung tidak lama lagi dan kita sedia hadapi kemungkinan itu.

“Kita juga tidak bimbang mereka ingin me-ngadakan pilihan raya olok-olok itu kerana mereka ada cara tersendiri, begitu juga dengan Pas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Katanya, Pas sudah banyak kali mengadakan pilihan raya olo-olok, namun ia tidak diuar-uarkan.

Menurutnya, ia adalah usaha untuk memperkemaskan jentera, sambil memberitahu program Pas Ganti UMNO (PGU) sebahagian daripada gerak kerja untuk menawan Terengganu dalam pilihan raya akan datang.

“Kita mengadakan pili-han raya olok-olok sepanjang masa tetapi kita tidak perlu meniru cara UMNO dan sedang melakukan kerja secara berterusan,” katanya.

Pilihan raya olok-olok bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 menjadi topik utama dalam mesyuarat Pengurusan UMNO, Rabu lalu, Kata Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Tengku Adnan berkata, mesyuarat dipengerusikan Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin-SH