Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Projek Taman Burung seluas 1.7 hektar di Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir kini di tinggalkan kosong tanpa seekor burung, dengan hanya gambar-gambar unggas berkaitan sahaja, dipaparkan di ruang legarnya.
Ketua Lajnah Penerangan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Maznah Muftahuddin berkata, jutaan ringgit wang rakyat dihabiskan untuk membina Taman itu, membeli dan membiayai berbagai jenis burung untuk ditempatkan di situ.
“Ini membuktikan bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasional hanya mementingkan pembinaan projek semata- mata tanpa mnghiraukan faedah untuk rakyat,


Beliau berkata demikian ketika ditemui semalam 6 Ogos, mengulas mengenai Lawatan Berinformasi ke Tasik Kenyir yang telah dianjurkan oleh Muslimat pada 3 Ogos yang lalu.
Beliau menyifatkan tindakan membiarkan premis yang telah dibangunkan dengan kos RM8 juta itu adalah satu kerja sia-sia kerajaan Umno dan Barisan Masional (BN).


“Taman Burung di Tasik Kenyir yang tiada burungnya itu jelas menunjukkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional membangunkan sesuatu projek tanpa membuat kajian terlebih dahulu terutama dari segi lokasi, prasarana dan habitat serta pemasaran,” jelasnya.
Justeru katanya, dalam situasi rakyat terhimpit dalam kemiskinan sepatutnya kerajaan membela kepentingan rakyat.


“Pendedahan mengenai hasil tinjauan kami baru-baru ini menimbulkan berbagai reaksi. Kami tidak menyangka usaha kecil ini telah menggemparkan pihak-pihak tertentu terutama yang terlibat dengan projek-projek ini,
“Harapan kami supaya rakyat tahu apa yang berlaku disekitar mereka dan tidak mudah teruja dengan apa yang dijanjikan,” kata Maznah.





























