Oleh : Shahril Aswad
HULU TERENGGANU – Kerajaan UMNO Negeri Terengganu tetap meneruskan Projek pembinaan hotel tujuh tingkat dan kompleks perniagaan di tapak tanah wakaf Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang tanpa restu orang ramai dan kakitangan kerajaan.
Yang Di Pertua PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyidin Abdul Rashid menyifatkan, kerajaan dengan rakusnya meluluskan projek itu hingga sanggup mencabuli undang-undang yang dibuat oleh mereka sendiri.
Menurutnya, tindakan pemimpin Umno seolah-olah memaksa kakitangan menurut kehendak mereka sedangkan pembinaan tersebut sedangkan ia mendapat bantahan pelbagai pihak.
“Kerajaan Negeri tetap meluluskan projek ini walau syarat yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) tidak dipenuhi,


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PAS Kawasan Hulu Terengganu, pada Rabu 12 Julai.
Beliau yang juga Pengerus Jawatankuasa Bertindak Masjid tersebut berkata, pihaknya sangat dukacita kerana tindakan kerajaan meluluskan projek itu tanpa mengikut lunas undang-undang.
“kepada siapa lagi yang kita harapkan untuk menjaga peraturan demi kesejahteraan rakyat sedangkan kerajaan sendiri langgar peraturan yang mereka sendiri buat,” ujarnya.


Menyentuh tentang Majlis Ramah Mesra sempena hari raya itu, beliau berkata, sambutan daripada rakyat setempat amat luar biasa.
“Tidak kurang dari 5000 orang tetamu yang hadir ke majlis ini dan kami berharap kehadian tuan-tuan dan puan-puan menyerikan majlis dan menambah berkat pada majlis ini,” ujar beliau.





























