Janji Razif Adalah ‘Umpan Politik’

1667

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Tawaran 5,900 lot tanah oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman adalah ‘umpan politik’ semata-mata.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, PAS lebih dahulu menyatakan dalam manifestonya seawalnya tahun 1999.

“tawaran tanah yang Razif buat baru ni jelas meniru manifesto PAS (kerana) janji mengurniakan tanah kepada rakyat negeri Terengganu telah dikemukakan dalam Manifesto PAS Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 (1999),

“dan alhamdulillah telah ditunaikan oleh kerajaan PAS yang memerintah negeri ini pada 1999 – 2004,” jelasnya.

Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyatakan dalam manifestonya sebelum itu walaupun telah memerintah negeri ini, lebih 30 tahun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, pada Sabtu 8 Julai, di Dataran Masjid Kampung Batin, dekat sini.

Mantan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan PAS Terengganu itu krtika mengulas perkara tersebut berkata, sudah menjadi amalan Umno ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan ‘janji manis’ apabila saat hampir kepada pilihan raya.

“(setelah mengotakan) janji pada (pada tahun 1999) PAS menjadikan tawaran memberikan tanah sebagai (perkata) utama dalam manifesto,

“bagi pilihan raya umum yang lepas (PRU-11, PRU-12 dan PRU-13). Untuk PRU-14 akan datang ini juga turut ditawarkan (pemberian tanah),

“rakyat semua tahu bahawa PAS tidak bercakap kosong. Janji untuk memberi tanah kepada rakyat telah ditunaikan dan insya Allah, “ tegasnya.

Menurutnya, ketika diberi mandat memerintah Terengganu 18 tahun yang lalu, PAS telah mengurniakan sebanyak 50,000 lot tanah kepada rakyat negeri ini, dalam tempoh empat tahun pemerintahan.

“malangnya, sebahagian besar tanah-tanah milik rakyat itu telah dirampas kembali oleh kerajaan yang memerintah selepas itu,

“rakyat pasti tidak lupa kerja jahat kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang merampas secara zalim tanah-tanah yang diberi oleh kerajaan PAS itu,” ujar beliau.