1MDB; Majlis Syura Sokong Kenyataan Presiden

1912

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – PAS menegaskan pendirian bahawa, isu 1MDB yang melibatkan maruah, mesti diselesaikan dalam negara, tanpa melibatkan campur tangan asing.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyokong kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan perkara tersebut sebelum ini.

“kes penyelewengan 1MDB, kita (PAS) mengambil sikap supaya isu besar ini yang membabitkan maruah negara (mesti) diselesaikan di peringkat negara kita,

“sebab kita mempunyai undang-undang dan kita ada kedaulatan di dalam negara kita (selain itu) 1MDB ini adalah duit dipunyai oleh rakyat malaysia yang perlu dijaga dengan baik dengan sempurna,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri PAS Kawasan Kuala Nerus, di sini semalam 1 Julai.

Lantaran itu, tegas beliau, campur tangan daripada Amerika Syarikat untuk menilai kedudukan 1MDB, akan menggugat keselamatan negara ini.

“campur tangan daripada Amerika Syarikat untuk menilai kedudukan 1MDB…… kita bukan menolak dari segi masalah maklumat yang bakal di berikan oleh mana-mana pihak,

“tetapi kita tidak mahu campur tangan daripada kuasa asing terutama sekali Amerika Syarikat yang pastinya mereka ini anti kepada Islam,” tegasnya.

Selain itu, kata beliau, PAS bimbang penglibatan negara luar, akan mencampuri urusan negara dan melibatkan perkara-perkara lain, sehingga kedaulatan negara akan terjejas .

“Jadi ini yang menyebabkan kita tidak mahu menerima mana-mana kuasa asing untuk mencampuri hal ehwal masyarakat ataupun rakyat di dalam negara Malaysia,” tambah beliau.

Sehubungan dengan itu, Majlis sambutan hari raya yang diadakan di Padang Bola Batu Enam tersebut sangat meriah dengan kunjungan orang ramai.

Pelbagai lapisan masyarakat datang berkunjung sambil menikmati bermacam juadah yang disediakan seperti nasi minyak, ketupat dan rendanng, dan laksa.

Disamping itu, pengunjung juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan para pemimpin yang hadir sama suasana, termasuklah tetamu istimewa, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Turut hadir sama Mantan Timbalan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang berkerusi roda kerana keuzuran.