Muslimat PAS Kekang Gejala Sosial Yang ‘Membarah’

1780

BESUT – PAS melaksakan pelbagai program untuk mengekang gejala sosial yang semakin membarah di kalangan masyarakat khususnya di kawasan Besut mutakhir ini.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Besut, Puan Nafisah Ismal berkata, banyak peristiwa dan isu-isu yang terjadi seperti kes rogol, kerosakan akhlak dan sebagainya.

“dan isu terbaru hari ini kes tetak. Sekarang ni kita dengar di Besut (berlaku) tiga kes tetak,

“jadi bagi kita (PAS) rasa semakin hari semakin takut dengan suasana ini dan ia menjadi satu cabaran kepada masyarakat Islam”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbukanya, sempena Aidilfiri yang diadakan Kampung Dengir, Besut, pada Isnin 26 Jun.

Justeru itu kata beliau, antara kegiatan yang dianjurkan Muslimat Besut bagi menangani masalah itu ialah kursus-kursus membina sahsiah diri para remaja.

“kita mengadakan program-program kemasyarakatan seperti kursus keibu bapaan bersama dengan golongan remaja, usrah dan sebagainya bagi membentuk akhlak masyarakat hari ini,

“kami sebagai muslimat PAS akan berperanan dalam menyelesaikan masalah yang ada dalam masyarakat kita hari ini dan tidak meletakkan tanggungjawab itu dibahu kerajaan semata-mata”, jelas beliau.

Dalam pada itu katanya, muslimat Besut telah menggerakkan seluruh jentera untuk menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-14 nanti.

“sekarang ini kita tengok saat pilihan raya pun dah hampir dan masyarakat mula terasa suasana pilihanraya,

“masing-masing kita tengok dalam keadaan bersedia (untuk bertugas). Kalau di dun Kuala Besut boleh dikatakan semua cawangan dah ‘aktif’,

“petugas parti terutamanya muslimat PAS Kawasan Besut disemua peringkat berada dalam ‘mode’ 100% bersedia menunggu tiupan ‘trompet perang’ PRU 14,

“Insya Allah ‘Besut’ akan menyumbang kerusi kemenangan untuk PAS memerintah kembali negeri Terengganu ini,” tegas Nafisah.