Terengganu, Malaysia

Ladang Jagung Dadong; Indah Khabar Dari Hakikat

jagung dadong

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KEMAMAN – Ladang jagung bijirin yang digembar-gemburkan oleh kerajaan sebenarnya hanyalah ‘indah khabar dari hakikat’.

PAS mempersoalkan kenyataan yang di buat oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menggesa tanaman jagung dijadikan sebagai tanaman utama kedua, selepas padi.

Hakikatnya, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman Haji Zulkifly Md Yakim berkata, apa yang telah Shabery laksanakan dikawasan Parlimen yang beliau wakili adalah hanya seluas 38 ekar sahaja.

Selain berkeluasan ‘sangat kecil’ untuk skala industri, kawasan yang di tanam jagung bijirin di Kampung Dadung dekat sini ditimpa pelbagai masalah, seolah-olah tidak dilakukan penyelidikan rapi sebelum dilaksanakan.

Ladang Jagung Dadong; Indah Khabar Dari Hakikat“penanaman yang dimulakan pada tahun lepas (tapi) hasilnya masih lagi kosong sebahagiannya (dan) kami dapat maklumat tanaman ini tidak dapat hidup (membesar) secara sebagaimana yang dikehendaki,

“jagung ini masa tuaian dia dalam tiga bulan sahaja (sebaliknya) apa yang kita tengok hari ini agak mendukacitakan”, ujarnya kesal.

Haji Zulkifly yang juga Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Air Putih berkata demikian ketika di temui wakil media di ladang jagung tersebut, pada Sabtu 17 Jun.

“Kita tidak tahu bagaimana kenyataan yang dikeluar oleh menteri hendak menjadikan (kawasan kampung) Dadong ini sebagai kawasan (pengeluaran jagung) bijirin, bagi tanaman jagung untuk ternakan,

Ladang Jagung Dadong; Indah Khabar Dari Hakikat“Dengan skala yang besar sebagaimana yang diuar-uarkan tidak ekonomik, tak tahu bagaimana pandangan dia orang (mereka yang merancang),” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar dipanggil pakar daripada Pejabat Pertanian atau mana-mana pihak yang ‘berotoriti’ untuk menilai dari segi penghasilan projek daripada kawasan yang dicadangkan ataupun yang telah diusahakan.

“kita tak nampak, katanya, 38 hektar yang diperuntukkan untuk tanaman jagung bijirin ini dapat dihasilkan sebagaimana kehendak (pasaran),

“berdasarkan maklumat yang kita dapat daripada warga tempatan, permulaan tanaman itu agak tidak berjaya disebabkan oleh faktor cuaca,

“Kerana cuaca baru-baru ini panas yang agak panjang dan juga hujan lebat (sehingga) menyebabkan ada kawasan-kawasan yang kawasan disekeliling ini ada lagi bekas- bekasan yang ditanam tak dapat hidup dan ada kawasan yang di bersihkan untuk dibuat semula,” jelasnya.

Ladang Jagung Dadong; Indah Khabar Dari HakikatJusteru itu, beliau menasihatkan Shabery agar tidak menjadikan usaha tersebut sebagai propaganda politik, untuk meraih sokongan penduduk menjelang pilihan raya.

“ita rasa kalau sekadar buat (penanaman jagung) semata-mata untuk ‘highlight’ (agenda politik) itu agak besar tetapi pada hakikatnya…….tidak,”

“harapan kita kepada menteri yang bertanggungjawab agar sesuatu kawasan yang nak buat (penanaman jagung) itu, (diberi) keutamaan strukutur tanah hendaklah diambil kira,

“Malahan kita tak tahu lagi penglibatan orang-orang kampung di sini sejauh mana,” tegas Haji Zulkifli.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan