Oleh : Rusni Hassan
KUALA NERUS – Peranan Ameerah bukan sahaja terbatas kepada hanya Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sahaja, bahkan, mempunyai unit yang besar dan berpengaruh di setiap negeri .
Timbalan Pengarah Ameerah Negeri Terengganu Qurratul Aina Mohamed berkata ‘muslimat muda PAS’ itu juga memainkan peranan di perinkay antarabangsa.
“Program Ameerah bukan sahaja (diadakan) di dalam negeri (sahaja) bahkan hingga ke peringkat antarabangsa,
“muslimat muda PAS memghulurkan bantuan dan menyantuni pelarian Rohingya yang hanyut di Acheh dan Setiap tahun
turut memberi sumbangan kepada rakyat kemboja,
“Semua sumbangan yang disampaikan kepada golongan tersebut adalah hasil pemberian daripada rakyat Malaysia sendiri, jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika di temui selepas program Semarak Kasih Ramadhan anjuran Muslimat dan Amerah DDUN Teluk Pasu di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Teluk Pasu, Jumaat 9 Jun , disini.
Dalam Majlis itu, sepasang kain telekung solat muslimah telah diagihkan kepada seramai 90 orang penerima sebagai menghargai usaha-usaha yang telah dibuat oleh petugas.
Menurut Aina, ia adalah merupakan majlis yang julung kali dianjurkan oleh Ameerah DUN Teluk Pasu.
“Sumbangan kain telekung ini tidak berapa bernilai dari segi wang ringgit namun ini adalah pemberian kasih sayang kepada penerima ,
“Kegunaan kain telekung ini harganya terlalu besar disisi Allah SWT “, kata beliau
Turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Yang Berhormat Ustaz Riduan Hashim serta isteri, Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Ketua Muslimat Dun Teluk Pasu, merangkap Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu.











