Umno Tipu Umur

2903

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Umno sentiasa mendakwa bahawa usia parti yang memperjuangkan fahaman kebangsaan itu adalah 71 tahun.

Sebaliknya Ahli Parlimen PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Umno asal telah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1989.

“Kita kenal sokmo doh……parti hok berjuang kebangsaan, dia kata umur 71, padahal dia batal, tahun 89 daftar (daftar semula),

“(sekarang baru) 28 tahun, tapi dia kabor ke orang dia umur 71 dah, dia kalau tipu umur, dia tipu segala-gala, ”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan Ramadan di Surau Taman Rakyat Jaya, di sini pada Jumaat, 26 Mei.

Oleh itu, beliau meminta apabila sampai masa pilihanraya, pilihlah parti yang memperjuangkan agama, iaitu PAS.

Sebelum itu Wan Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun menerangkan, politik merupakan adat tetapi sebagai pejuang Islam, PAS menjadikannya sebagai ibadat.

“sebab itu, (masa) sehari daripada seorang pemimpin yang adil lebih baik daripada 70 tahun ibadat,

“kerana ibadat untuk kita seorang, keadilan pemimpin untuk semua maka diberi Allah 70 tahun lebih daripada ibadat seorang,” ujar beliau di hadapan 150 orang penerima sumbangan.

Beliau menambah, semua orang boleh menjadi ahli politik, tetapi pemimpin Islam yang menjadikan dasarnya Al-Quran, inilah ibadat di sisi Allah.

Justeru itu, PAS bukanlah tempat untuk mencari kekayaan tetapi berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau juga sempat berseleroh, “Sekarang ni mari hok parti pecah (PAN), ‘bbolok’ sekali, senang je saya nak kata, nanti kita sambut bulan Ramadhan.,

“lepas tu nak sambut raya, ada dok lagu raya, lagu lama ke, lagu baru sedap, lagu raya, sedap dengar lagu lama deh,” katanya.

Pada majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Haji Alias Harun menggesa ibu bapa sentiasa memantau anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala sosial yang berleluasa sekarang.

“kita harap ibu bapa dapat tengok anak-anak, agar tidak terjebak dengan gejala, negatif, gejala sosial,” kata beliau.

Manakala Pengerusi Lajnah Kebajikan MTD Rantau Abang, Ahmad Ali berkata, PAS menyampaikan pelbagai sumbangan untuk kebajikan rakyat.

“sumbangan telah berjaya dilaksanakan adalah ‘Sumbangan Ambang Ramadhan’, ‘Sumbangan Sempena Ramadhan’, ‘Sumbangan Awal Persekolahan’,

“Sumbangan Sekampit Beras Seekor Ayam dan Dapur Rakyat serta Program Raikan Ibu Tunggal,” kata beliau.