Terengganu mengucapkan tahniah di atas perlantikkan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPPM) yang baru dan juga Terengganu mengucapkan tahniah kepada saf pimpinan (DMPM) yang lama menjalankan amanah dan tanggungjawab pada sessi yang lepas.
Terengganu juga menyokong penuh ucaptama yang disampaikan oleh Ketua DMPPM Ustazah Hajah Nuridah Mohd. Salleh yang sama-sama kita dengar pagi tadi yang begitu baik untuk kita laksanakan di peringkat masing-masing.
Terengganu ingin menyarankan agar DMPM memastikan , menyaran, atau membuat arahan kepada Dewan Muslimat PAS seluruh negara terhadap satu program begitu baik yang telah dilaksanakan selama ini oleh DMPM iaitu Gelombang Munajat Akifi supaya agenda ini dilaksanakan di seluruh peringkat di negara ini untuk memastikan semua muslimat PAS menjadi seorang yang alim, haraki dan sufi.
Apa yang berlaku sekarang ini DMPP turun ke kawasan – kawasan yang berkenaan melaksanakan program ini, masih banyak lagi kawasan yang belum laksanakan agenda ini .


Seterusnya tajuk yang diberikan kapada negeri Terengganu ialah Budaya , Politik Matang dan Sejahtera. Bagi merealisasikan maksud ini , Terengganu ingin mencadangkan supaya DMPM sentiasa mendepani dalam menangani isu-isu masyarakat khususnya berkaitan dengan wanita di dalam negara kita Malaysia. Cadangan yang kedua, Terengganu ingin mencadangkan kepada DMPM supaya memperkasakan perkara ini mengadakan ‘engagement’ dengan pelbagai pihak dalam masyarakat termasuk jabatan kerajaan dan badan-badan Ngo dan mengadakan pertemuan dengan mereka seperti apa telah dilaksanakan oleh PAS Pusat.
Seterusnya Terengganu ingin mencadangkan supaya semua para perwakilan dan pemerhati mengingati semula dalam buku ucaptama tadi agar kita mendekati lima golongan. Mereka ialah penduduk kampung, penghuni flat, golongan elit, golongan bukan Muslim dan rakyat pelbagai latar belakang.
Pada muktamar kali ini Terengganu ingin berkongsi satu program yang telah kita laksanakan di Negeri Terengganu oleh Lajnah Perpaduan Nasional bagi memenuhi hasrat gagasan budaya politik matang dan sejahtera.
Terengganu telah menjadikan anak -anak ‘non Muslim’ anak angkat. Muslimat PAS menjadikan anak non muslim sebagai anak angkat..macamna kita menjadikan mereka anak angkat. Mereka tinggal dengan keluarga mereka masing-masing yang non muslim tapi muslimat PAS sentiasa menjaga kebajikan mereka dan kita membiayai pembelajaran mereka, meraikan harijadi mereka dan beberapa perkara yang kita buat sehingga in syaa Allah kita dapat mengekalkan hati – hati antara muslimat PAS dengan non muslim.


Kumpulan yang ada di Amanah Ikhtiar dengan cara kita mengambil tahu permasalan mereka dan kita sentiasa menyantuni mereka dengan memberi hadiah supaya mereka tahu kehadiran muslimat PAS, .kita mahu masuk kumpulan wanita tanpa mengira batasan politik, mudah mudahan hati mereka terpaut dengan PAS yang membawa Islam yang syumul ini in syaa Allah.
Akhirnya Terengganu ini menyeru pada semua muslimat supaya membuang satu persepsi yang mana kita rasa tidak perlu masuk berkempen atau mendekati orang Umno , Puteri Umno atau anak Jkk kerana mereka mungkin tidak akan bersama PAS
Kerana melihat muslimat melatak persepsi sebegini sedangkan persepsi ini amat bertentangan dengan BPMS yang digagas oleh Tuan Guru Presiden .
Muslimat kena terus menjalankan kerja dakwah kita jangan merasa jemu sebagaimana Nabi Musa yang tak pernah jemu menyeru Firaun yang sentisa menyekat usaha dakwah Nabi Musa.
Marilah kita selepas ini mengorak langkah merealisasikan BPMS dan elakkanlah kita membuat program yang hanya dihadiri oleh ahli PAS sahaja.
***Ucapan penangguhan dari wakil Muslimat Negeri Terengganu YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman.Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dewan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, 30 Rejab 1438 H bersanaan 27 April 2017 Khamis.






























