

Beliau adalah bekas anggota 22 Komando yang bertugas di Kem Sungai Udang Melaka pada 10 tahun yang lalu.
“Abang Mat pencen, terus aktif dengan PAS, kemudian jadi Timbalan Ketua UPU, sehingga dua minggu lalu,”katanya ketika ditemui pada majlis Malam Kebudayaan UPU Laloh, disini semalam.
Beliau berkata beliau mengambil amanah menjadi Ketua UPU Laloh apabila Abang Tar bekas Ketua UPU sebelum ini yang sekarang agak keuzuran.
Pada majlis semalam, beliau telah menjadi juruacara secara spontan.
Dengan kesempatan yang ada beliau telah menyampaikan mesej sekaligus berdakwah dan berkempen dengan gaya yang unik dan tersendiri.
Katanya, tidak perlu kerajaan pusat Barisan Nasional untuk membawa pembangunan kepada Kampung Laloh, cukup dengan beliau dan sokongan penduduk Kampung Laloh.
“Tak perlu tunggu kerajaan pusat buat, kalu tunggu kerajaan pusat, pejabat pos tak boleh buat, tu tengok tuh….,”katanya menunjuk kearah simpang Laloh dimana beliau telah mengusahakan penubuhan sebuah pejabat pos mini disitu.
Selepas mengkritik UMNO dan Barisan nasional (BN), Abang Mat telah menyayikan sebuah lagu nasyid tanpa iringan alat gendang atau gong, memberi peringatan kepada penonton tentang kematian.
“Wahai saudara hendaklah ingati,
dirimu ini nanti akan mati,
tuntutlah ilmu sebelum mati,
negeri akhirat sedia menanti,” ujarnya.
lihat Video Klip Abang Mat Komando di Buletin Online Channel


























