MUAR – Bekas Pendaki Gunung Everest, Datuk Muqharrabin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin menyeru agar Rakyat Johor perlu memberi undi kepada PAS di kawasan yang ditandingi bagi mengubah persepsi masyarakat bahawa parti ini bukan Ektrimisme agama sebagaimana dakwaan pihak tertentu.
Katanya, PAS kini merupakan sandaran terbaik seluruh anggota masyarakat dalam negara ini untuk memimpin Malaysia untuk melakukan perubahan besar ke arah yang lebih baik.
Ujarnya, kini masyarakat bukan Islam seperti Melayu dan India juga sudah mula menerima baik parti ini.
“Perkara ini saya cukup yakin, kerana apabila saya pergi ke Negeri Sembilan saya melihat orang Cina datang lagi ramai dengar ceramah PAS dan saya terus bersemangat.
“Rupanya didalam diam orang Cina dan India suka dengar ceramah PAS bukan kerana (faham) Islam tetapi kerana kebenaran yang (kita) PAS nak bawa dan mahu parti ini memerintah negara pada masa akan datang,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Forum Perdana Jom Bersama PAS, di Laman Muafakat, Simpang Jeram, di sini, semalam.
Beliau yang juga merupakan bekas EXCO Ketua Pemuda UMNO berkata, rakyat Johor sewajarnya memenangkan PAS agar berupaya menjadi rakan kerjasama Barisan Nasional yang strategik untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Justeru, beliau mengharapkan agar pengundi di negeri tersebut keluar seawal mungkin sebagaimana orang Cina.
“Saya minta kepada semua agar jangan sia-siakan undi walaupun satu, pastikan (anak muda) tahu macammana hendak mengundi, jangan salah pangkah dan rosakkan undi.
“Penat kita beratur dua hingga tiga jam akhirnya kita rugikan undi kepada calon yang salah, “katanya.





























