Pasukan keselamatan Myanmar telah melakukan pembunuhan dan rogol beramai-ramai keatas umat Islam Rohingya dan membakar kampung-kampung mereka sejak Oktober lalu.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia boleh dijumlahkan kepada kezaliman, siri jenayah terhadap kemanusiaan dan pembersihan etnik.
Pejabat Hak Asasi manusia PBB berkata, satu tindakan ketenteraan yang dipanggil sebagai ‘Operasi Pembersihan Kawasan’ mungkin telah menyebabkan beratus-ratus kematian. L


Beliau berkata, pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi telah berjanji menyiasat dakwaan tersebut.
“Dia memberitahu saya bahawa siasatan akan dilancarkan. Katanya, mereka akan memerlukan maklumat lanjut,” kata Zeid pada Jumaat, 3 Februari.


Mereka telah menceritakan ‘pelanggaran mengerikan’ yang didakwan telah dilakukan oleh anggota pasukan perkhidmatan keselamatan Myanmar atau pejuang awam yang bekerjasama dengan tentera dan polis.
Laporan itu menyatakan, daripada 101 wanita ditemuramah, lebih separuh berkata mereka telah dirogol atau mengalami serangan seksual.


Pasukan keselamatan Myanmar juga dituduh menembak secara ‘semberono’ kearah orang yang melarikan diri dan membakar keseluruhan kampung-kampung Rohingya.
Tindakan keganasa itu termasuk ‘rogol besar-besaran dan bersistematik serta keganasan seksual.
‘Pengganas’ anggota keselamatan Myanmar turut sengaja memusnahkan makanan dan sumber makanan, etnik Rohingya.


“Setiap hari Rohingya menghadapi penganiayaan dan pembunuhan luar undang-undang yang berlaku,” kata Khin, yang mengetuai Pertubuhan Rohingya Burma berpangkalan di UK.
“Majlis Keselamatan PBB perlu tampil dengan resolusi yang mengikat dengan kuat untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan Myanmar,”tambahnya.






























