Oleh : Salwanaa Ghani
SETIU – Program Hari Bersama Nelayan adalah sambutan pengiktirafan PAS terhadap masyarakat nelayan yang berkorban, membekalkan sumber makanan kepada penduduk.
Ia telah berlangsung dengan meriah dengan sambuatan dari masyarakat termasuk juga golongan wanitanya.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu Puan Maznah Muftahuddin berkata, lebih 1000 orang hadir pada Majlis perasmian program itu.


“program ini diadakan untuk mendekati masyarakat nelayan sebagai tanda keperihatinan dan pengiktirafan buat nelayan khususnya,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas ziarahi komuniti nelayan sekitar Batu Rakit pada Jumaat 3 Februari.


“ia membuktikan bahawa PAS tidak asing dan boleh diterima oleh berbagai golongan,”tambahnya.
Sehubungan itu, Ketua Muslimat DUN Batu Rakit Puan Wan Ramlah Wan Abdul Rahman berkata, orang ramai yang datang, ceria dan gembira bersama-sama, dengan semangat persaudaraan.


Seorang pengunjung yang ditemui menyifatkan program Sehari Bersama Nelayan itu berjaya menampilkan pelbagai ‘variasi’.
“Program ini bagus dan ramai yang datang …. saya nampak mereka menikmati setiap aktiviti ini, ada semangat kerjasama dan ukhuwwah yang terjalin antara peserta,
“orang-orang muda turut tampil menyertai aktiviti,” ujar Puan Rafidah Mohd. Salleh, 34, dari Kampung Padang Nenas.


Beliau berharap program seumpama itu dapat diadakan lebih kerap.
” kalau buat kerap lagi bagus, taklah terperap di rumah”kata beliau.
‘Sehari Bersama Nelayan’ di Kampung Tanjung Batu Rakit adalah program ‘pembuka’ dianjurkan oleh Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS yang akan dilanjutkan kepada kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Terengganu.



























