Terengganu, Malaysia

Lima Tahun Berlalu; Kompleks Tekstil Masih Belum Dibuka

Kompleks Tekstil Kijal

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Kompleks Tekstil Kijal (KTK) Bandar Baru Kijal yang terletak di laluan jalan persekutuan Kertih-Chukai, masih belum dibuka walaupun tahun sudah beranjak kepada 2017.

Lima Tahun Berlalu; Kompleks Tekstil Masih Belum DibukaKTK yang kononnya bakal menjadi komponen penting pembangunan Bandar Baru Kijal, pada awalnya dijangka beroperasi menjelang pertengahan tahun 2012 lalu.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh mempersoalkan tentang rancangan kerajaan Umno Terengganu mahu membawa pelabur daripada negeri China.

“Bangunan sudah siap…….jalan pun sudah siap, tetapi tiada peniaga, mana pelaburan dengan pihak tekstil China yang digembar gemburkan sebelum ini?,”kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan terhadap projek membazir kerajaan negeri itu, semalam Ahad, 16 Januari.

Menurutnya, hanya pasaraya besar ‘Giant’ yang masih beroperasi dan ‘cakap-cakap’ tentang bandar baru yang hebat itu hanya janji kosong semata.

Lima Tahun Berlalu; Kompleks Tekstil Masih Belum Dibuka“Hanya Giant yang masih beroperasi, mujur ada ‘Renaco’ jadi penyelamat, ambil kompleks ini jadi kampus pengajian sementaranya,”tambah beliau.

Katanya, kemunculan KTK sebagai satu lagi mercu tanda ‘projek gajah putih’ menambah senarai kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Menurutnya, Kompleks setinggi tiga tingkat bernilai RM 40.7 juta dan mengandungi 44 unit kedai itu, telah tersasar dari perancangan asal kerajaan negeri Terengganu.

“KTK kononnya dinobatkan sebagai kompleks terbesar di kawasan Pantai Timur dan disasar untuk menjadi lokasi pengusaha tekstil dari dalam dan luar negara untuk memasarkan produk mereka,

“tetapi setelah lima tahuu berlalu, Bandar Baru Kijal masih menjadi kota lengang dan sunyi,”tegasnya.

Lima Tahun Berlalu; Kompleks Tekstil Masih Belum DibukaSehubungan itu, hasil carian atas talian (online) juga mendapati, KTK adalah satu projek yang dibina di kawasan seluas 160 hektar.

Ia melibatkan beberapa komponen lain dengan kos keseluruhannya kira-kira RM143 juta, antaranya, rumah kedai, Kompleks Mara dan tapak pendaratan kering Kastam.

“Ia dibina semuanya…….kononnya mampu menjana ekonomi di Kijal……tapi (saya rasa) semuanya bakal menurut jejak KTK……..(bakal) menjadi projek ‘gajah putih’,”tambah Ustaz Hazri

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan