Terengganu, Malaysia

Hakisan Mengabang Telipot; Ibu Tunggal Hilang Tempat Tinggal

Kedai Az’ama5

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Hakisan yang melanda pantai Tanjung Telipot tidak berkesudahan, walaupun pelbagai janji yang dibuat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

IMG-20170103-WA0106Bukan sahaja tidak mengambil usaha segera untuk menghalang hakisan tersebut, bahkan rakyat yang ditimpa kesusahan, rumah runtuh dan hilang punca pendapatan, tidak dipedulikan oleh kerajaan dibawah Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Az’ama Yusof, 50, seorang pengusaha kedai makan di pantai tersebut melahirkan kesedihan serta kekesalan terhadap kerajaan yang gagal serta lambat bertindak.

Ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak itu, terpaksa menelan segala kesusahan, ini tanpa mendapat sebarang pembelaan.

“Akak telah tiga tahun berniaga di sini……..sejak arwah suami akak meninggal, Akak terpaksa bekerja keras bagi menanggung dua orang anak yang masih bersekolah,

IMG-20170103-WA0105“cuba bayangkan bagaimana akak nak meneruskan kehidupan selepas ini dalam keadaan kedai Akak yang runtuh sepenuhnya,”ujarnya.

Beliau berkata, ada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) datang menemuinya dan mengambil semua butiran.

Namun sehingga kini, tiada sebarang bantuan yang diberi.

“Dulu ada pihak JKKK kampung ni datang mengambil maklumat serta gambar keadaan kedai Akak … tapi sampai sekarang tidak ada satu bantuan pun yang akak terima,”jelas beliau, sedih.

Beliau yang yang telah kehilangan kedai sekaligus tempat tinggalnya, kini menumpang hidup di rumah kawannya.

IMG-20170103-WA0112Beliau kesal kerana, walaupun Menteri Besar sering melaungkan slogan mahu membantu rakyat, namun tidak pernah turun menjenguk mangsa hakisan di kampung terbabit.

“MB kita (Razif) pun tak nampak muka……..marilah jenguk kami yang susah ni, sedangkan kerajaan selalu melaungkan slogan nak tolong rakyat,

“tolong apanya kalau batang hidung pun tak nampak, ” luah Az’ama .

https://youtu.be/JHxTeMLDE_M

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan