Gencatan Senjata Terkawal; Rakyat Syria Turun Demo

1629

Walaupun pertempuran kecil dilaporkan berlaku di beberapa tempat dan protes anti-kerajaan di adakan seluruh Syria, namun keseluruhan gencatan senjata di negara itu berjakan dengan baik.

Rakyat Syria menganbil kesempatan dari gencatan senjata untuk turun ke jalan raya dan meneruskan bantahan aman serta melaungkan slogan anti kerajaan dan mendesak Assad berundur.

Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) melaporkan terdapat pertempuran awal semalam diantara tentera rejim dan pemberontak di wilayah tengah Hama serta berhampiran ibu negara, Damsyik.

Screenshot (448)SOHR, pejabat maklumat yang berpangkalan di UK yang mendokumenkan isu-isu hak asasi manusia di negara bergolak itu, juga melaporkan serangan udara di Wadi Barada lembah yang dikuasai pemberontak berhampiran Damsyik.

Mazen al-Shami, seorang aktivis pembangkang dari Douma pinggir bandar Damsyik, berkata pergaduhan kecil yang berlaku, menyebabkan seorang pejuang pemberontak cedera.

Ahmad al-Masalmeh, seorang aktivis di wilayah Deraa selatan, berkata tentera kerajaan Assad telah melepaskan tembakan ke atas kawasan-kawasan yang dikuasai pemberontak.

Laporan tidak rasmi menyatakan lima orang terbunuh dalam keganasan sejak tempoh 24 jam gencatan senjata itu berkuat kuasa pada jam 10 malam waktu tempatan kelmarin.

Al Jazeera, melaporkan dari Gaziantep Turki berhampiran sempadan Syria, pertempuran tercetus di beberapa kawasan dilaporkan hanya beberapa jam selepas gencatan senjata itu.

Screenshot (451)Walau bagaimanapun, majoriti wilayah adalah terkawal dan boleh membuka jalan untuk penyelesaian politik.
Laporan juga kedengaran ada pertembungan dan tembakan kedengaran sekitar Damsyik, di Wadi Barada dan Deraa dan di Aleppo.

Namun begitu, aktivis yang beroperasi di lapangan mengatakan suasana tenang masih wujud.

Rusia mengumumkan pada Khamis, perjanjian itu telah ditandatangani oleh tujuh puak pemberontak utama Syria, walaupun tiada seorang pun daripada mereka segera mengesahkan atau menafikan.

Seperti dalam perjanjian sebelumnya, gencatan senjata semasa tidak termasuk Jabhat Fateh al-Sham, yang berjuang bersama puak pemberontak lain, dan Negara Islam Iraq dan kumpulan Levant (ISIL).