Oleh : DMS
SETIU – Menjelang sesi persekolahan baru yang akan bermula dua hari lagi Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit telah memberikan khidmat gunting rambut percuma bagi meringankan belanja ibu bapa yang terkesan dengan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.


“ini adalah salah satu inisiatif dari kami dalam meringankan bebanan ibu bapa yang akan menghadapi musim persekolahan bagi anak-anak,
“dan memastikan adik-adik kembali ke sekolah dengan mengikut peraturan rambut yang di tetapkan,”katanya.
Beliau yang juga Timbalan Exco Kebajikan Dewan Pemuda Negeri Terengganu menambah, program itu juga telah berjaya memupuk semangat persaudaraan dengan penuh sifat kekeluargaan antara penganjur dan masyarakat sekitar.
Sehubungan itu, seorang bapa yang membawa empat anaknya mendapatkan khidmat tersebut mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PAS.


“saya memang menunggu-nunggu program ini,”kata Ahmad Zaini dengan gembira.
Program yang telah di adakan di Pejabat DUN Batu Rakit, Kampung Pancur Kuin, dekat sini, ini turut menyediakan perkhidmatan mengemaskini bantuan BRIM secara online bagi mereka yang layak.
Lebih 50 orang pelajar yang akan memasuki persekolahan tahun hadapan dan termasuk beberapa orang bapa mereka, telah mengambil peluang menyertai perkhidmatan gunting rambut percuma ini yang di adakan selepas solat Jumaat hari ini


























