Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – PAS terus memikul dan melaksanakan amanah serta bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat, dalam apa jua keadaan sekali pun.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, walaupun wakil-wakil rakyat PAS tidak mendapat dan dinafikan peruntukan kerajaan, tetapi bantuan kepada rakyat tetap ada dan diteruskan.


“saya tahu susahnya untuk mengadakan keperluan sekolah anak dalam keadaan ekonomi yang ‘tunggang langgang’ dan kenaikan harga barang yang tinggi,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada bantuan awal persekolahan kepada 70 orang anak yatim dan penduduk miskin, di sini semalam, Rabu 21 Disember.
Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang sudah tidak kasih dan mesra kepada rakyat, kerana hilangnya keberkatan keberkatan kepada pemerintahan mereka.


Seorang ibu tunggal Farizan Muhammad, 46, dari Kampung Durian Burung berkata, bantuan itu sesungguhnya dapat meringankan beban kewangan beliau menghadapi sesi baru persekolahan.
“saya mempunyai empat orang anak, tiga masih bersekolah………….saya hanya kerja bantu di kedai dobi dalam kampung, dengan pendapatan saya payah untuk memenuhi keperluan anak ke sekolah,
“alhamdulillah bantuan RM100 ini dapat meringankan sedikit kesusahan saya,”ujarnya yang menambah, suaminya telah meninggal dunia tiga tahun lalu kerana menderita, akibat kanser hidung.


“saya wakil ibu…….uzur tak dapat datang, bawa adik ambil sumbangan ini……alhamdulullah, terima kasih kepada wakil rakyat dan PAS,
“setiap tahun kami sekeluarga tidak tersisih dari menerima sumbangan ini, saya amat berterima kasih kepada PAS dun Wakaf Mempelam yang selalu menghulur bantuan sekolah harian pada keluarga saya,”katanya.





























