Perang Yaman Berlarutan Kerana ‘Kepentingan Israel’

1439

KUALA TERENGGANU – Konflik dan peperangan yang masih berlaku di negara Yaman masakini adalah sebenarnya untuk melindungi kepentingan Israel.

Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pertelingkahan yang berlaku di negara tersebut bukan berpunca dari masalah mazhab.

Menurutnya, beliau telah diminta oleh Ketuanya, Dr. Yusof al-Qaradhawi untuk pergi ke Yaman, berjumpa dengan para pemimpinnya, untuk mengetahui lebih mendalam berkait krisis yang melanda negara itu.

“apabila Kesatuan Ulamak Sedunia menugaskan saya pergi ke Yaman, berjumpa dengan Presidennya………berjumpa dengan ulamak-ulamak di Yaman,

“Kita mendapat kesimpulan diberitahu bahawa Iran (pada awalnya) tidak terlibat dalam membantu syiah di Yaman,

“yang terlibat (ketika itu) adalah (Muammar) Gaddafi yang membantu Houthi untuk mengacau Arab Saudi (dan) Arab Saudi membantu Houthi untuk mengacau Yaman,

“kerana Yaman mempunyai simpanan minyak dan tanah Yaman lebih rendah…….kalau Yaman menggali (telaga) minyaknya, (simpanan) minyak Saudi akan mengalir ke Yaman,”ujarnya.

Screenshot (143)Menurutnya, para pemimpin Yaman yang ditemui juga berkata, kekacauan (kebangkitan) Houthi yang berlaku di Sa’ada sebuah wilayah utara Yaman, bukan kerana perbalahan mazhab, tetapi kerana kemiskinan.

Katanya, apabila berlaku ‘Arab Spring’, rakyat Yaman turut bangkit berdemonstrasi untuk mendesak kerajaan dibuat pembaharuan dan perundingan dikalangan pemimpin diadakan.

“dibuat perundingan dikalangan pemimpin Yaman dan mereka bersetuju supaya diadakan satu pilihan raya………(namun) sekiranya diadakan, parti Islah (dan) kumpulan Islam akan menang,

“kerana parti Islah sudah ada 60 kerusi (di parlimen Yaman) walaupun tak memerintah tapai kalau diadakan pilihan raya ia boleh menang,”jelasnya

Oleh sebab itu, tegas beliau, kuasa-kuasa lain yang tidak mahukan kemenangan Islam, temasuk Israel dan Amrika Syarikat, telah mengacau Yaman.

Beliau berkata demikian demikian dalam sesi dialog pada Majlis Makan Dana Dar At-Taqwa di sini , Jumaat malam, 4 November.

Arab Saudi membantu syiah Houthi pada peringkat awal, oleh itu, kata beliau, Houthi berjaya menawan Sana’a, sampai ke bandar Aden.

Oleh kerana kedudukan stragegik Yaman yang terdapat selat Bab Al-Mandap laluan masuk ke Laut Merah, Presiden PAS itu berkata, Israel menjadi ‘gelabah’.

“Israel menganggap keselamatannya akan terancam lalu Benjamin Netanyahu telah pergi ke Amerika dan mengutuk Obama kerana membiarkan Houthi menguasai Yaman,

https://youtu.be/WcxEkV7ubvY

“Houthi adalah syiah……sebaik dia menang, Iran terus bantu kerana dia jahu meguasai Bab Al-Mandap,”katanya.

Oleh kerana Netanyahu melihat kekuatan gabungan antara Houthi, Iran dan bekas Presiden Yama Ali Abdullah Salleh, Netanyahu telah berucap di kongres Amerika dan seminggu kemudiannya, negara-negara Arab dibawah pengaruh Amerika telah menyerang Yaman.

Serangan tersebut adalah jelas didalangi Amerika kerana perisytiharan serangan gabungan tentera Arab itu telah dibuat dibuat di Washington dan bukan di Riyadh.

“maka berlakulah peperangan………adalah bodoh bagi Houthi untuk menyerang Mekah……..dia tidak menyerang Mekah (kerana) BBC melaporkan dia menyerang Jeddah bukan Mekah,

“sekiranya Mekah di serang sudah tentu kerana Malaysia mengumumkan, orang tidak bolah buat umrah,”kata beliau menegaskan perang propaganda yang sedang ditiupkan berkait krisis Yaman.