Kerja Luar Biasa Untuk Hasil ‘Yang Luar Biasa’

1799

Oleh : Che Ana

KUALA TERENGGANU – Para Muslimat PAS diseru bekerja dengan semangat luar biasa untuk dapatkan hasil yang ‘luar biasa’.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Terengganu, Tuan Roslina binti Tuan Sulaiman berkata, ia adalah penting untuk melahirkan para petugas yang istiqomah dan sanggup berkorban apa sahaja demi perjuangan Islam

tUAN rOSLINA“hendaklah juga meningkatkan semangat juang yang tinggi dalam mendepani cabaran untuk mempertahankan kemenangan,

“juga perlu memperkasakan gerakerja parti di semua peringkat untuk melahirkan lebih ramai mujahidah yang istiqomah dan sanggup berkorban apa sahaja demi perjuangan Islam,”tegasnya.

Belau yang juga Pengarah Himpunan Mujahidah 4 berkata demikian pada Himpunan itu di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (KOMTAQ ) pada Sabtu 22 Oktober.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Skuad Khidmat dibawah seliaan LKK yang telah bersedia untuk gerakerja khidmat masyarakat.

Sehubungan itu, Puan Rahmah Ngah dari DUN Tepoh berkata mujahidah atau sukarelawan Muslimat ibarat ‘longgokan batu bata yang belum diikat’.

Mujahidah 4 KN (2)“(jika) disusun dengan campuran simen, air dan pasir akan tertegak sebuah bangunan yang gagah,

“setiap kita juga hendaklah sentiasa berdoa, munajat mohon diberi keteguhan hati juga hendaklah wala’ taat kepada pimpinan semua peringkat,”ujar beliau.

Ustazah Zaidah Awang, dari Bukit Tunggal pula berkata program Himpunan tersebut memberikan motivasi kepada para Muslimat.

“kita dapat mendengar amanat dan motivasi yang disampaikan oleh pucuk pimpinan terhadap tanggungjawab jihad dan pengorbanan,
“perlu kepada kerja yang sungguh untuk mencapai kemenangan dalam PRU 14,”katanya.

Manakala Ustazah Faridah Muda dari DUN Teluk Pasu berkata, program Himpunan Mujahidah itu merupakan satu ‘platform’ untuk pimpinan dan para petugas berukhuwah.

“Pemimpin bermesra dengan semua petugas parti yang (sama-sama) ikhlas melaksanakan tugas bagi memastikan supaya Islam dapat diamalkan secara ad-din,

Mujahidah 4 KN (4)“program sebegini dapat menghimpun mujahidah di semua peringkat bagi mendapat input yang jelas tentang tugas dan tanggungjawab dengan pimpinan tertinggi bagi menaikkan semangat baru”ujar beliau.

Ketua Muslimat PAS DUN Seberang Takir pula, Ustazah Fadilah Mohamad berkata “walaupun tidak terlibat secara langsung dengan penganjuran Himpunan kali ini, namun program berjaya dilaksanakan dengan cemerlag]ng.

“ia menunjukkan kematangann dengan (himpunan) melibatkan semua entiti daripada muslimat veteran, Nisa’, Ameerah dan Gen3……….Tahniah kepada semua,”katanya.

Himpunan Mujahidah kali ini merupakan kali ke empat diadakan, yang sebelumnya berlangsung buat kali pertama pada tahun 2012, kali kedua 2013 dan kali ke tiga pada tahun 2014.