Kunjungan Dr. Ammar Fadhil Noor , Menyambung Legasi Perjuangan

58

MARANG – Suasana penuh mahabbah menyelubungi kediaman Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menerima kunjungan Anak sulung almarhum Ustaz Fadhil Noor, Dr. Ammar.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan pertemuan sebagai cerminan eratnya ukhuwah serta kesinambungan legasi perjuangan Islam.

Menerusi perkongsian di laman sosialnya, Ustaz Khalil berkata, pertemuan tersebut dipenuhi dengan pelbagai perkongsian mengenai perkembangan semasa, kenangan dan pengalaman yang memberi manfaat serta inspirasi.

“Pertemuan seperti itu sentiasa mempunyai nilai yang tersendiri kerana bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim,

“malah menyuburkan semangat ukhuwah dalam kalangan mereka yang berkongsi matlamat perjuangan,” ujar beliau.

Menurutnya beliau, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Ialah tokoh yang dikenang atas sumbangan besar beliau dalam medan perjuangan Islam dan sebagai bekas Presiden PAS.

“Pertemuan itu turut dilihat sebagai lambang kesinambungan hubungan yang terjalin sejak sekian lama, merentasi generasi dan terus diperkukuhkan melalui semangat persaudaraan serta saling menghormati,” katanya lagi.

Justeru beliau berharap agar, “kunjungan mahabbah tersebut terus mengukuhkan silaturahim serta membawa manfaat dan keberkatan kepada semua”.