PAS Bimbang Peluang Kerja Anak Muda ‘Disapu’ Warga Asing Tak Sah

1598

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengucapkan syabas dan berterima kasih kepada pihak Imigresen khususnya yang telah pun menjalankan tugas dengan baik membanteras kegiatan kemasukkan warga asing yang tidak sah, melibatkan sektor industri perladangan dan minyak dan Gas.

Kedua-dua sektor itu, menurut Ketua Penerangannya, merupakan sumber ataupun tempat untuk mencari rezeki bagi pekerja tempatan bagi golongan muda yang berada di kawasan sekitar juga di dalam negeri Terengganu ini khususnya.

Mohd Nor HamzahOleh itu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS bimbang lihat rekod kemasukkan warga asing yang tidak sah yang agak besar.

“Kalau kita lihat rekod kemasukkan warga asing yang diambil daripada rekod akhbar Berita Harian pada 19 Oktober 2016, ianya sangat membimbangkan,

“kira kira 41% daripada pekerja asing di Negara ini adalah tanpa dokumen atau tanpa izin. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem, berkata setiap 10 pekerja asing yang sah, terdapat 7 lagi yang menyalahi undang undang,

“beliau juga berkata pada ketika ini terdapat 1.9 juta pekerja warga asing yang sah yang bekerja di Negara ini dan pada tahun lalu beliau menyatakan bahawa kira kira 6.7 juta orang di anggarkan masuk secara haram dan tidak sah,”ujarnya ketika ditemui di Pejabat PAS di Taman Seri Intan di sini, Selasa 26 Oktober.

Katanya, ia adalah satu gejala yang tidak parah dan kritikal kerana ia mampu memberikan kesan negatif kepada sosial ekonomi Negara dan seterusnya boleh menyebabkan kadar pengangguran di kalangan pemuda warga tempatan.

Serbuan Waga Asing1Justeru itu, kata beliau, PAS Terengganu sentiasa komited dan memandang serius pada isu ini kerana ianya melibatkan ketidakstabilan ekonomi dan pembangunan sosial pada golongan remaja khususnya di Terengganu.

“PAS Terengganu juga berharap dan menyeru kepada pihak Kerajaan dan juga badan berwajib untuk terus bertangungjawab memantau kontraktor-kontraktor yang terlibat yang sewenang-wenangnya mengunakan pekerja asing yang tidak sah di dalam sektor perindustrian di Kerteh dan juga Kemamanm,”tegasnya

Katanya, PAS Terengganu juga mengesa kepada pihak Kerajaan supaya lebih peka dan prihatin terhadap masalah ataupun suara anak tempatan.

“ramai di antara mereka kehilangan pekerjaan kerana faktor peluang pekerjaan yang agak tipis yang disebabkan oleh kemasukkan warga asing di dalam industri perladangan dan industry minyak dan gas,”tambahnya.