Apabila ‘Sekerap’ Naik……..Tanda Hampir Pilihan Raya

1599

Oleh : Muhammad Sanusi Md Nor

Jika harga ‘sekerap’ naik, itu alamat besar piliharaya semakin hampir. Sudah jadi trend politik Malaysia, BN akan guna apa saja hasil mahsul negara untuk membeli undi, dalam pilihanraya kecil apatah lagi pilihanraya umum.

getah sekerapDana IPG RM200 juta yang dighaibkan, dana khas RM194 juta yang ‘diselinap’ menjadi kecil penerimanya, boleh digunakan untuk menampung belanja untuk menaikkan sementara harga sekerap sehingga selesai pilihanraya.

Pada harga pasaran semasa cuplump (sekerap) RM2.50 sekilo, dana-dana itu boleh digunakan untuk menampung harga RM3 sekilo sehingga selesai Pilihanraya Umum ke -14.

Orang motong akan merasa lega bukan kepalang, boleh hilang derita yang ditanggung bertahun-tahun. kenaikan harga sekerap boleh dilakukan kerana sesuatu yang berharga ditangan orang motong mahu disambar…UNDI! Ia boleh dibeli sekali lagi?

Orang BN akan berkata, apa la hang ni, dasar pembangkang…naik harga pun tak kena, turun harga pun hang bising. Kita beri alasan…

Menaikkan harga sekerap tidak boleh ambil kira masa nak piliharaya saja, kemudian menjunam semula, derita lagi. Orang motong tidak membeli beras dan anak-anak mereka tak ke sekolah menjelang pilihanraya saja. Sakit demam orang motong tak tentu hari. Ramai yang terlantar sekarang ini pun.

kebun getahUndi orang motong tak boleh dijual beli begitu. Tanggungjawab kerajaan dengan amanah rakyat terpikul setiap detik, bukan bermusim. Kerajaan jenis apa kalau hanya buat baik untuk menagih balasan menjelang pilihanraya? Gaji semua menteri itu kan dibayar tiap-tiap bulan sepanjang tahun?

Berikan peruntukkan RM1.6 bilion dalam bajet negara 2017, ia boleh menstabilkan harga sekerap pada kadar cukup makan, persekolahan dan perubatan sepanjang tahun. Langkah ini lebih mulia dan beramanah. Orang motong lega, kerajaan ada maruah…

***Muhammad Sanusi Md Nor ialah Ketua Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat