Manusia Beralih Dari Acuan Allah

1415

Oleh : KAM

MARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kebimbangannya apabila kehidupan manusia hari ini telah beralih dari acuan Allah SWT kepada acuan ciptaan sendiri.

Menurutnya, Allah SWT menurunkan petunjukNya melalui Rasul-rasul dengan acuan yang khusus bagi mendidik manusia bermula dari permulaan hingga kembali meninggalkan dunia ini.

kam3665(a)-acuan1Justeru, kata beliau manusia tidak lagi peduli dengan asas-asas fardhu ain bagi membetulkan diri serta membina jati dirinya dengan Islam.

“Dalam dunia hari ini manusia telah beralih kepada acuan ciptaan sendiri dan tidak peduli kepada asas-asas fardhu ain untuk membetul diri manusia ini.

“Maka, lahirlah ulamak-ulamak yang jahat, pemimpin-pemimpin yang jahat, manusia yang lebih bertujuan untuk cari makan daripada menjadi khalifah Allah SWT.

“Tujuan kita (PAS) membuka Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) ini adalah untuk menyempurnakan acuan yang asas, yang sangat penting untuk membina jati diri anak-anak kita dengan Islam.

“Membina jati diri anak-anak kita dengan acuan Allah SWT walau pun ilmu yang dianggap kecil, yang tipis, yang rendah tetapi tunjangnya sangat penting bagi membina diri manusia,” tegasnya.

kam3665(e)-acuan5Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Alam Ria Pasti Malaysia 2016, di Dewan Tok Guru Rusila, Marang pada Sabtu 24 September.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pengarah Jabatan Pasti Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat dan Pengarah Jabatan Pasti Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong.

Sempena temasya Alam Ria Pasti Malaysia 2016, seramai 445 pelajar Pasti terlibat mengambil bahagian dari seluruh negara termasuk Pasti Sabah dan Sarawak yang julung kali menyertainya. [Baca selanjutnya dalam terbitan Harakah akan datang]