KUALA TERENGGANU – Dalam Islam, mempertahankan tanahair merupakan suatu yang dituntut secara syarak. Membiarkan tanah air Islam jatuh ke tangan bukan Islam secara politik tanpa sebab yang munasabah termasuk dalam perbuatan dayus.
Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, umat Islam di Malaysia amnya dan di Terengganu khasnya harus memahami bahawa mengekalkan politik pemerintahan umat Islam merupakan kewajipan yang dituntut dalam agama.


“Lalu, pemahaman yang baik terhadap sosio politik dan sosio ekonomi masyarakat harus ditanam dalam minda masyarakat khususnya Melayu Islam,”jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, Terengganu yang rakyatnya lebih dari 90% adalah Melayu muslim, menjadi suatu hujah bahawa Politik Melayu Islam adalah teras.
Katanya, ia tidak boleh dan tidak sewajarnya diganggu gugat oleh mana-mana pihak dan mana-mana usaha mengurangkan kuasa politik dan ekonomi Melayu Islam hendaklah ditentang.
“Sementelah lagi jika ada niat untuk menghapuskannya!,”tegasnya.


“Kampung-kampung Melayu diserahkan kepada projek pembangunan yang tidak mengambilkira faktor kelangsungan survival politik dan ekonomi Umat Melayu Islam yang menjadi teras politik bumi Darul Iman ini.
“Bagi warga Kuala Terengganu, siapa boleh lupa perkampungan tradisi orang-orang Melayu di Kampung Lorong Jamil, Kampung Paya Bunga, Kampung Paya Keladi, Kampung Batas Baru, Kampung Tanjung, Kampung Ladang, Kampung Cabang Tiga dan Hiliran.
“Sebahagian besar daripada tanah kampung-kampung terbabit diambilbalik oleh kerajaan atas alasan pembangunan. Yang peliknya, Kampung Cina di Bandar Kuala Terengganu diwartakan sebagai Kampung Warisan Pesisir Air dan tidak diganggu pula!,”ujarnya lagi.


“Ini buka suatu pernyataan perkauman tetapi mendedahkan realiti yang berlaku kepada tanahair Melayu Islam yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan sosio ekonomi dan sosio politik setempat.,”tambahnya.





























