KUALA TERENGGANU – Pelbagai pihak melahirkan rasa marah dan tidak puas hati keatas kenyataan Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Ahli Parlimen Parit Buntar yang menempelak pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai RUU355.
Ketua Penerangan PAS mengecam mereka dan menyifatkan menyifatkan pemikiran yang menyerang Mufti itu sebagai berfikran ‘sangat dangkal’.
“Saya sarankan agar Dr. Mujahid Yusof meneliti semula pandangan Mufti dan tidak gopoh dalam membuat kenyataan berbaur paranoid.


Menurutnya, Risalah Bayan Linnas, Isu Cadangan Pindaan Akta 355 yang diterbitkan oleh Mufti WP adalah pendapat yang tuntas yang menyeru semua ahli Parlimen beragama Islam, wajib menyokong pindaan Akta 355.
Katanya, ia bukan ‘politiking kepartian’, tetapi merupakan hasrat umat Islam seluruhnya untuk memperkasakan ‘taqnin Syari’ah’ dan Mahkamah Syari’ah di Malaysia.
“Tanpa merujuk kepada aspek legislatif pun, sekurang-kurangnya menyokong tekad untuk mengkanunkan Syari’ah di Malaysia adalah satu kewajiban bagi mereka yang beriman,”jelasnya
Beliau berkata, ia sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang mufti, dan sudah pasti pendapat yang dilontarkannya mengambilkira kepentingan agama dan umat Islam seluruhnya.


Oleh itu, kata beliau, sebagai seeorang ahli Parlimen Islam di Malaysia, mestilah membawa ‘roh untuk memartabatkan Islam’ dalam konteks legislatif dan sentiasa menghulurkan kerjasama bagi merealisasikan hasrat tersebut.
“Jangan terlalu berfikiran sempit dengan hanya memikirkan untung rugi politik parti semata-mata.
“Asasnya kita semua wajib menyokong dan bersama-sama memperbaiki jika terdapat kekurangan teknikal dan prosedural. Inilah jiwa besar negarawan Islam,”tambah beliau.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful BahriMamat, dengan kesal tindakan mereka itu, seolah-olah mahu ‘menutup mulut’ seorang mufti dari menyatakan kebenaran.
“Kenapa awal-awal dulu tak lantik mufti bisu……….kan senang?…….. Sememangnya mufti tugas utk beri fatwa. Menasihat kerajaan dan rakyat tentang halal dan haram,
“Naib Presiden Parti Amanah Nasional tu (cakapbegitu)………. Parti Islam ke jurucakap DAP,”kata beliau.





























