Katanya, isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno tidak timbul kerana konsep kerajaan sekiranya hanya PAS dan UMNO ia tidak menepati konsep kerajaan perpaduan
“Apa lagi cakap tentang perpaduan PAS-Umno, itu semua sudah tidak timbul, kita sudah tetapkan jika nak berbincang bukan dua parti ini sahaja.
“Umno perlu faham mengenai perkara ini, PAS dah tetapkan pendirian untuk libatkan rakan dalam Pakatan Rakyat,” katanya kepada mStar Online.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno meminta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara PAS dan Umno pada era 1970an sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi PAS kemudian keluar kerana masalah dalaman.




























