Siapa Benar, Siapa Terpesong?

1344

Oleh : Naraza Muda

Demi kuasa pemerintahan seorang Ketua Menteri, DAP sanggup mengheret rakyat ke Piliharaya Negeri, PAN galak sungguh, sebab mereka pastinya diberi peluang untuk bertanding sebahagian daripada 40 kerusi Dun Pulau Pinang.

Sudah pastinya DAP tidak akan korbankan kerusinya untuk adik suruhanya, yang akan menjadi mangsa mengorbankan kerusi ialah PKR, terpaksa akur dengan rakan suruhan ini.

Isu yang melingkari Ketua Menteri waktu ini sedikitpun tidak mengugat kedudukan DAP di Pulau Pinang, hanya LGE sahaja yang terjejas, lain-lain seperti biasa boleh mentadbir negeri, dah tu kenapa nak buat PRN?

Tiada tokoh lain ke yang boleh ganti? Ada pendapat kata Timbalan Ketua Menteri dari PKR ( Melayu ) akan ambil alih kerusi Ketua Menteri, itu tidak semestinya…

PKR yang terkenal sebelum ini dengan skrip langkah melangkah agak terkerut dahi kali ini antaranya jika bersetuju dengan cadangan DAP, maka mereka akan berserabut dengan apa yang saya sebut di atas, lebih parah mereka akan bertembung dengan tiga penjuru atau lebih di kawasan melayu atau sebaliknya.

Analisis terkini mereka akan kalah. Ya… PKR akan kehilangan kerusi. DAP dalam apa jua pun akan memperkasakan adik belaannya. Jika tidak PAN akan lenyap dari arus politik Malaysia, apatah lagi akan muncul gagasan parti serpihan UMNO pimpinan Tun Mahathir. Melayu akan berpecah kepada kelompak parti-parti kecil. Kuasa undi melayu secara tidak langsung akan mengucup. Ini yang DAP mahukan.

Isu penyelewengan dan menyalahkan kedudukan seorang Ketua Kerajaan Negeri hilang. Isu pembelian rumah dengan harga murah oleh LGE dilenyapkan. Belum bicara mereka yakin akan kalah. Mereka berpegang kepada prinsip persepsi mereka dianiayai. Atau mereka cuba pusing 360 darjah dari isu sebenar.

Ketika mana PKR agak tersepit dengan persekitaran dalaman yang agak kronik, mereka pastinya boleh menilai sekarang siapa rakan, siapa musuh. Tun Mahathir sekarang disanjung tinggi oleh sebahagian besar pimpinan pusat PKR.

Mereka sudah lupa sejarah DSAI dan Mahathir di zaman reformasi. Warkah Anwar dari penjara digumpal, diramas dan dicampak ke dalam almari buruk. Mereka tidak musnahkanya, sekadar membuang seketika. Mungkin suatu hari akan menjadi bahan bacaan dengan linangan air mata….

Keangkuhan DAP selama ini disentap dengan isu ini. Sebelum ini mereka cuba memperbudakkan PAS, ya…. PAS jenis parti dakwah. Bukan lari, malas berbalah dan cari pasal. Biarlah apa DAP lakukan, PAS masih mengekalkan prinsip perjuangan sebenar parti yang berteraskan Islam.

snap-poll-670x431Mereka pecahkan PAS, mereka huru-harakan PAS, mereka putuskan hubungan dengan Presiden PAS, mereka ugut pecat exco PAS di Selangor. DAP keluar dari Pakatan Rakyat dan tubuh Pakatan Harapan, PAS rela keseorangan dan membina semula kelompongan yang besar akibat percaturan DAP melenyapkan pengaruh Ulama Dunia yang sedang memimpin PAS.

PAS tidak ikut amarah kebencian, PAS mampu mengekalkan hubungan dalam memelihara Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, PAS tidak masuk UMNO dan Barisan Nasional seperti di dakwa dan diratib saban waktu.

PAS tidak bangga diri pun ketika mana krisis Menteri Besar di Selangor, PAS sebenarnya di panggil oleh Istana Selangor memberi cadangan nama Menteri Besar setelah nama yang disebut, dijaja oleh PKR dan DAP sebagai calon Menteri Besar sewaktu itu seakan tidak diterima oleh Istana Selangor. Semua rakyat Malaysia tahu.

Tapi bila ‘kebengongan’ DAP cuba mendesak Menteri Besar Azmin Ali memecat Exco Selangor dan digantikan dengan PAN, PAS tidak melatah, tak buat onar, PAS boleh bila-bila masa berbaik dengan BN untuk kianat kerajaan Selangor, biar huru-hara, tapi kenapa PAS tidak buat ini semua walaupun selalu dituduh?

Trajektori perancangan DAP ini sudah mampu dihidu rakyat Malaysia, undi bukan Melayu sudah dilihat terarah semula kepada BN hasil beberapa PRK terakhir sebelum ini. Kini UMNO dalam ambang perpecahan yang sangat teruk. Pengundi melayu masih tidak berani meninggalkan parti tradisi mereka.

Doktrin yang disemat begitu lama kepada pengundi luar bandar dan Felda masih mampu menyelamatkan BN dalam situasi ini. Pakatan Harapan menuduh dengan tuduhan rekaan, cacian dan sangat tidak beretika kepada kepimpinan PAS bila Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak menyertai kempen menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri.

PAS menyakini jika Najib dijatuhkan sekarang, maka Perdana Menteri yang bakal dilantik adalah bukan dari DAP, bukan PKR dan jauh sekali dari PAN, yang akan tetap menjadi Perdana Menteri ialah dari UMNO…ya dari UMNO. Ini bukan percaturan politik, ini hakikat nyata yang benar. Lainlah DAP berkhayalan Najib jatuh secara automatiknya DAP atau PKR menjadi Perdana Menteri.

Sejarah telah membuktikan ini. Tun Mahathir disingkirkan dan diganti oleh Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah disingkirkan, Najib pula bertahta…. semua dari UMNO. Acap kali Presiden PAS tegaskan kena jatuhkan UMNO, jatuhkan Barisan Nasional, barulah Perdana Menteri dari Blok pembangkang akan menerajui kepimpinan Negara, samada dari PKR, DAP( Melayu) PAN dan apa nama parti pun setelah BN jatuhkan.

Maka fahamilah keadaan dan pendekatan ini. PAS bersedia bergabung, bertahaluf, berkerjasama dengan apa-apa parti, asalkan mereka tidak mengganggu dasar pejuangan PAS dengan berteraskan perjuangan Islam.Berbalah besar panjang, berperang sesama sendiri, kena ingat semuanya ada kuasa jahat di belakang. Siapa kuasa jahat itu?