Jutaan Ringgit Pembalakan; ‘Orang Kuala’ Tak Dapat Apa

4448

KUALA KANGSAR – Enam tahun pembalakan selama tiga musim dianggarkan memberi laba jutaan ringgit keuntungan kepada orang luar, namun penduduk tempatan hanya menjadi penonton.

balak KK3Seorang warga Kampung Senggang, kira-kira 24 kilometer dari Bandar Diraja disini berkata, apa yang beliau lihat adalah beberapa syarikat dari luar, melaksanakan kerja-kerja pembalakan itu.

“di (kawasan) hutan simpan Rambai Tujuh, kawasan tadahan air juga mereka keluarkan balak…….dah enam tahun dah lepas tu (dalam masa itu) dah tiga kali dia orang keluarkan,

“(yang datang membalak) dari Ipoh bukan dari Kuala Kangsar, orang Kampung Senggang tak ada dapat apa……….syarikat yang dapat juga tak tahu siapa dia,”ujar Yahya Putih.

balak KK2Bekas Sarjan Mejar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, pembalakan juga dilakukan di kawasan Hutan Simpan ‘Rambai 7’, satu kawasan tadahan air di persekitaran itu.

Sehubungan itu, tinjauan juga mendapati, pembalakan ‘sedang rancak’ dilakukan di kawasan hutan simpan Kledang Sayong.

Menurut papan tanda yang ditemui di kawasan tersebut, lesen pembalakan dikeluarkan pada 1 Mac 2016 dan akan tamat pada 30 September 2016.

Namun begitu, aktiviti membalak dipercayai dihentikan kerana musim pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar.