Wakil Pulau Pinang yang juga Pengerusi Lajnah Tanah Negeri telah membangkitkan isu tanah melayu yang semakin berkurangan dan juga isu alam sekitar.
Antara kebimbangan beliau ialah keluasan tanah orang melayu di Pulau Pinang yang semakin hari semakin susut iaitu pada tahun 2010 ada 28% tetapi sekarang hanya ada 20.41%.
Menurut Yaakob Omar, di Timur Laut ada 1.16 peratus, Balik Pulau 15.07 peratus, Seberang Prai Utara 44.20 peratus dan Seberang Perai Tengah 23.55 peratus bagi peratusan di setiap daerah itu.
Antara faktor hal ini berlaku ialah Melayu mudah ditipu, broker dan peguam dari kalangan orang Melayu tetapi ada yang menipu. Contoh seperti di Kampung Mutiara pimpinan yang tidak jujur dan agensi kerajaan kurang membantu
Bagi beliau, ini boleh dilihat sebagai pembersihan etnik secara halus dan mendesak PAS Pusat membuat kajian secepat mungkin bagi menghalang hal yang lebih buruk berlaku.


Prinsip ini dicadangkan agar digarap dengan enam lain iaitu unsur sufi siyasi, mengamalkan sunnah, meredakan gejolak pengaruh material, menghilangkan taasub, bebas dari kejumudan berfikir dan bentuk berfikir dan zikir.
Ini pada pandangan beliau, adalah sebagai latihan agar pimpinan dan ahli-ahli cukup bersedia fizikal mental apabila dikurniakan kemenangan oleh Allah nanti.
Turut disentuh oleh beliau ialah berkenaan kesulitan penoreh-penoreh getah yang sehingga kini PAS Kedah telah melancarkan program “sekampit beras, sekilo gula” membantu penoreh-penoreh bagi kelangsungan hidup mereka.
Manakala isu kekeluargaan dan pengamalan ajaran Islam dalam masyarakat, telah dibangkitkan oleh wakil Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) YB Dato’ Ustazah Siti Aishah Ghazali dengan meminta agar PAS Pusat menubuhkan agensi-agensi kekeluargaan.
Kes-kes perceraian yang semakin tinggi akibat terlalu mengejar material yang akhirnya menjadi mangsa utama ialah anak-anak dan sekaligus akan menyumbang kepada masalah sosial.
Anak-anak tidak sah taraf juga terhasil akibat daripada masyarakat terlalu jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya.


Selain itu juga, peranan berterusan oleh ibu bapa, guru, NGO-NGO yang saling bekerjasama diantara satu sama lain akan dapat memastikan kelangsungan keperihatinan masyarakat keseluruhannya.
Dewan Himpunan Penyokong PAS melalui wakilnya Dr Gobalakrishna Balachandran pula menganggap DHPP sebagai penambah kepada kepelbagaian dalam PAS dan berharap agar DHPP dapat diperkasakan bagi memberikan kesan yang lebih besar kepada bukan Islam.
Bagi DHPP kekuatan PAS bukan dengan kesepakatan dengan Pakatan Rakyat tetapi ialah dengan Islam yang PAS pegang yang mana parti ini adalah berasaskan kepada wahyu.
Dengan apa pergolakan yang berlaku di dalam PAS sedikit masa dahulu, DHPP rasa gembira kerana mereka telah berjaya menubuhkan beberapa lagi cawangan hasil daripada politik matang yang ditunjukkan oleh PAS.
Dr Bala yang memetik ayat kelapan surah ali Imran bagi mengukuhkan hujahan beliau, menerima tepukan gemuruh dan para perwakilan dan pemerhati bangun memberikan hormat atas ucapan beliau yang sangat baik itu.





























