Turki Membidas Dakwaan Negara Itu Memulangkan Kembali Pelarian Syria

1422

Kementerian Luar Turki menafikan dakwaan Amnesty International bahawa negara itu menghantar balik pelarian Syria dan menegaskan, ia adalah tidak benar sama sekali.

Dalam kenyataan pada Ahad, Turki menjelaskan ia telah mengamalkan dasar ‘pintu terbuka’ untuk rakyat Syria melarikan diri dari perang saudara, yang telah berlangsung selama lebih daripada lima tahun.

Menurut kenyataan itu lagi, Turki mematuhi dan menghormati prinsip ‘prinsip non-refoulement’ di bawah obligasi antarabangsa.

‘Non-refoulement’ terkandung dalam Pasal 33 Konvensyen PBB 1951, yang melarang penolakan dan pemulangan pelarian atau pencari suaka ke mana-mana wilayah, dimana kebebasan dan hidup mereka terancam kerana alasan-alasan tertentu seperti alasan bangsa, agama, atau kebangsaan.

Sebaliknya Amnesty International berulang kali mengeluarkan kenyataan sebaliknya dan disiarkan oleh pelbagai akhbar harian antarabangsa.

turkeysyriaborderKenyataan itu menambah bahawa Turki kini menjadi tuan rumah kepada sekurang-kurangnya 2.7 juta rakyat Syria dan menyediakan kepada 270,000 rakyat Syria di 26 pusat penginapan sementara dengan makanan, kesihatan dan perkhidmatan pendidikan serta sokongan psikologi, pendidikan vokasional, dan aktiviti-aktiviti sosial.

Sementara itu, rakyat Syria yang tinggal di luar pusat-pusat tersebut mendapat manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan percuma, kata kementerian itu.

Di samping itu, Januari lalu Turki membuka jalan bagi rakyat Syria untuk mendapatkan permit kerja.

“Turki adalah negara tuan rumah pelarian terbesar di dunia dan ini jelas menunjukkan bahawa Turki menghormati prinsip ‘non refoulement’ dengan teliti,” kata kenyataan itu, sambil menambah rakyat Syria tidak digalakkan dan tidak diwajibkan untuk kembali.

Turki berazam untuk menyediakan rakyat Syria yang melarikan diri daripada keganasan dan ketidakstabilan di negara mereka dengan keselamatan, kata kementerian itu.

Syria kekal dikunci dalam perang saudara yang ganas sejak awal tahun 2011, apabila rejim Bashar al-Assad bertindak keras terhadap protes pro-demokrasi dengan ‘pembantaian’ yang tidak dijangka.

Sejak itu, lebih daripada 250,000 orang telah terbunuh dan lebih daripada 10 juta pelarian, menurut perangkaan PBB.

Konflik di Syria kini telah mendorong lebih daripada 4 juta orang menjadi pelarian, mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran, menjadikannya salah satu krisis pelarian terbesar.

https://youtu.be/iIYmcjzjvn4