Oleh : Che Ana
KUALA NERUS – PAS berusaha memberikan tumpuan kebajikan termasuklah kepentingan kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda kerana kepentingan ini adalah perkara asas kepada kesejahteraan masyarakat.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang berkata, melalui Badan Amal Dan Kebajikan Islam Seberang Takir ( BALKIS ) berusaha memberikan bantuan kepada ahli-ahli dan masyarakat.


“menjalin semangat kejiranan dan saling hormat menghormati sesama anggota masyarakat amnya melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, bagi memajukan ahli-ahli khasnya dan masyarakat amnya,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan BALKIS Kali Ke-9, di Markaz Tarbiyah Islamiah ( MARTIS) di sini pada Jumaat, 1 April.
Oleh itu, katanya, BALKIS menawarkan kadar sumbangan caruman, skim khairat, jenis manafaat lain dan pakej pengurusan jenazah.
Sehubungan itu, Setiausaha BALKIS Azmi Tahir berkata, sehingga kini terdapat seramai 300 orang ahli BALKIS yang berdaftar dan pengambilan ahli baru akan diteruskan.


“Bagi mendapat manfaat tersebut ahli-ahli PAS seluruh cawangan di DUN Seberang Takir diseru mendaftar sebagai ahli. Kini terdapat lebih 300 ahli yang berdaftar,
“Keahlian terbuka kepada semua ahli dan penyokong PAS dengan bayaran pendaftaran RM 10.00 ,
(caruman) bulanan RM2.00 sebulan dan setahun hanya RM24.00 boleh diisi melalui borang yang disediakan,”katanya.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato ‘ Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali turut hadir dan telah merasmikan mesyuarat tersebut.




























