Terengganu, Malaysia

Seni Sebagai Medium Dakwah

Seni Sebagai Medium Dakwah

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Pendekatan dakwah yang mudah dan bersesuaian dengan jiwa masyarakat tanpa terpisah dari landasan hukum telah membawa Lajnah Kesenian dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (LKDDMPNT) ‘bersua hati’ dalam Pertandingan Nasyid.

Program yang julung kali diadakan pada peringkat negeri berlangsung di adakan di Dewan Batu Bersurat Muzium Negeri Terengganu.

Kumpulan Soutul Najah (Kemaman) menjadi juara kumpulan nasyid Muslimat
Kumpulan Soutul Najah Kemaman (Hijau) menjadi juara kumpulan nasyid Muslimat

Lima kumpulan Muslimat dan lapam kumpulan Ameerah mengambil bahagian dalam mencuba bakat masing-masing dengan warna-warni pakaian yang cukup menarik.

Program di rasmikan oleh

Timbalan Ketua Dewan Muslimat Hajah Zarani Othman berkata, menyampaikan dakwah dengan uslub yang berkesan adalah amat penting.

“Adalah penting untuk Muslimat menyampaikan uslub dakwah dengan cara mudah tetapi berkesan. Antaranya melalui seni,

“kesenian itu sendiri mempunyai maksud tertentu yang membawa mesej penyampaian yang indah untuk di dengar mahupun di lihat dengan menjaga pergaulan, akhlak mahupun berpakaian, tanpa melanggar batas agama,”katanya
ketika merasmikan acara tersebut.

IMG-20160313-WA0012Menurutnya, Muslimat masih boleh berprogram dalam kelompoknya sendiri dalam usaha untuk menyebarluas syiar islam dan membantu dalam memartabatkan agama Allah, terutamanya dalam masyarakat majmuk.

Program yang di hadiri seramai 500 orang para hadirin bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.

Pasukan Ameerah dari Dungun (Haurar Al maqsurah) mendapat tempat pertama manakala bagi kumpulan Muslimat, kumpulan Soutul Huda ( Kemaman) dinobatkan sebagai juara.

Tempat kedua adalah Al-Medani dari Kuala Nerus dan tempat ketiga bagi kategori Ameerah ialah kumpula Soutul Najah dari Besut.

Manakala tempat kedua bagi Muslimat jatuh kepada Raudhiah Muslimah dari Dungun dan ketiga kumpulan An-Nur dari Besut.

IMG-20160313-WA0013Masing masing mempunyai kelebihan tersendiri dan yang diadili oleh tiga orang juri.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Dakwah dan Kesenian, Puan Che Mesilah Mohamad berkata Lajnah itu mahu mempelbagaikan uslub dakwah supaya Islam boleh di sampaikan dengan berbagai cara.

Seorang penonton dari Kampung Chabang Tiga Kuala Terengganu, Syarifah Noriah Syed Omar melahirkan rasa tidak terduga, kerana rupa-rupanya Muslimat dan Ameerah mempunyai ramai pencinta seni.

“saya tak menduga kita mempunyai bakat bakat yang hebat dan boleh menjadi sebagai duta dalam menyebarkan Islam dalam bentuk nasyid kontemporari dan lama,

“kalau boleh setiap kawasan cuba di kawasan masing-masing,”ujarnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan