Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – PAS sangat tegas dengan prinsip dalam menangani isu-isu yang melanda negara ini dan mampu diberi kepercayaan untuk menggantikan UMNO.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr. Rosni Adam berkata, kriteria ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ yang diketengahkan PAS adalah politik yang bertunjangkan prinsip
Menurutnya, rakyat tahu UMNO tidak mampu memerintah dan kini melihat PAS sebagai parti yang paling sesuai untuk menggantikan Umno.
“Politik yang bertunjang prinsip yang menjadi kriteria Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa PAS amat tegas dengan prinsip.
“Tuan Guru Presiden bertegas bahawa PAS akan menggunakan saluran demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan.
“Prinsip kita Islam, kita tidak akan jatuh, (kerana) pegangan kita sangat kuat dijamin oleh Allah, Insya Allah kita akan diterima oleh rakyat,”jelasnya sewaktu merasmikan Himpunan Muslimat Dan AMEERAH PAS Kawasan Dungun pada Sabtu, 11 Mac, di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat menambah ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ menawarkan penyelesaian kepada masalah negara dengan penyelesaian melalaui Islam.
Antaranya, kata beliau, PAS telah menggagaskan penyelesaian terhadap masalah ekonomi negara tanpa GST dengan ‘Dokumen Buku Hijau’.|

“sebelum ini kita menghadapi kebejatan pelbagai masalah (termasuk masalah ekonomi negara) PAS mencadangkan penyelesaian yang ada di dalam Islam untuk kita laksanakan,
“contohnya penyelesaian GST, kita ada Dokumen Buku Hijau yang merangka perkara-perkara yang disyorkan Islam, yang jauh lebih baik untuk menjamin kesejahteraan ekonomi negara,”tegasnya
Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah wakil Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) Puan Zaiton Abas dan Ketua Muslimat PAS Dungun Hajah Khairiah Mokhti.
HIMAD yang mendapat sambutan kaum hawa di kawasan Dungun menghidangkan acara sukaneka dan Pentas anak muda yang bertajuk ‘ I want to be the Next Siti Khadijah’.











