Tian Chua Mengimbau Pentas ‘Tragedi Batu Burok’

1178

KUALA TERENGGANU – Kehadiran Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua dalam majlis ceramah penutup HARAP 3.3, membuktikan bahawa Pakatan Rakyat masih wujud.

Screenshot (275)Ketua Penerangan PAS Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan terima kasih atas kehadiran Ahli Parlimen Batu itu, yang sudi berkongsi pentas dengan PAS untuk mengajak rakyat membuat perubahan.

“saya mewakili pihak HARAP mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada Tian Chua, kerana sudi bersama dengan kita, satu pentas dengan kita,

“agar kita mahu (boleh) menunjukkan Pakatan Rakyat masih ada dan kita mahu rakyat bersepakat buat perubahan dalam pilihan raya yang akan datang,”ujarnya selaku pengerusi majlis pada program terakhir HARAP, Sabtu 27 Februari.

Sehubungan itu, Tian Chua berkata, beliau masih ingat memulakan karier politiknya atas pentas PAS pada tahun 1999, ketika beliau masih belum menganggotai mana-mana parti.

IMG-20160227-WA0116 (2)“diatas pentas inilah kita telah saksikan bagaimana kita boleh menggerakkan gelombang kebangkitan rakyat yang baru,

“saya masih ingat pada tahun 1999 saya masih belum masuk parti mana-mana sebagai seorang aktivis NGO saya berdiri diatas pentas PAS bersama-sama dengan tokoh-tokoh pelbagai parti, kita mengisytiharkan gelombang reformasi,”katanya.

Menurutnya, gelombang yang bermula dari pentas ‘Tragedi di Batu Buruk’ itulah yang telah berjaya menggembeling tenaga yang telah mengujudkan perubahan yang besar hari ini.

Justeru itu, beliau mengajak seluruh rakyat untuk meneruskan ‘perang’ melawan penindasan dengan mengeratkan hubungan persahabatan dan solidariti.

IMG-20160227-WA0111 (2)“kerana perjuangan……..bukan kerana kepentingan, tetapi jalinan persahabatan kita berlawan dengan kezaliman ini menjadikan hubungan kita makin kukuh,

“semakin ditindas, semakin kita bangkit untuk melawan,”tegasnya.

Kehadiran Tian Chua ke majlis penutup HARAP 3.3 turut diiringi oleh dua orang pemimpin Majlis Pimpinan PKR negeri Terengganu dan empat orang ahli-ahli yang lain.

Turut hadir ialah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri dan Timbalan Pesuruhjaya Dr Alias Razak dan Setiausaha Haji Muhyiddin Rashid.

https://youtu.be/XuK6rFkgM0E