Lim Guan Eng ‘Besar Kepala’

1434

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Kelantan mempertikaikan sikap melampau pemimpin DAP khususnya Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang memecat dua ADUN PKR dari menganggotai Ahli Lembaga Pengarah syarikat milik kerajaan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan Dato’ Ustaz Mohd Nassaruddin Daud, DAP pernah beberapa kali menganggu pntadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Namun katanya, apabila tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang diketuai Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri dipersoalkan oleh Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR, sebaliknya DAP berkata kepada Azmin yang juga Menteri Besar Selangor, jangan campur tangan urusan Pulau Pinang.

“Di Pulau Pinang Ketua Menteri telah pecat ADUN Bukit Tengah dan ADUN Kebun Bunga daripada PKR, dia pecat adun ini daripada jawatan pengarah GLC, pengarah anak syarikat kerajaan Negeri Pulau Pinang, bakpe dia pecat?

“Dia tamatkan perkhidmatan ADUN ni sebagai pengarah kerana dua orang ni berkecuali, berkecuali dalam isu tebus guna tanah, tambun laut seluas 20 hektar berhampiran muara sungai Pinang, kerana tambun laut ini menjejaskan alam sekitar apabila adun BN buat usul tolak,

“kerajaan Pulau Pinang membantah usul tersebut, dua org wakil rakyat PKR berkecuali bukan lawan pun, berkecuali pun dia ambik tindakan juga (oleh) ini DAP, dan apabila Menter Besar Selangor, Azmin Ali Timbalan Presiden PKR mempersoalkan perkara ini tidak patutlah pecat, Lim Guan Eng kata PKR jaga selangor sudah lah jangan campur hok Pulau Pinang,”katanya.

Beliau menyifatkan jawapan Lim Guan Eng sebagai ‘besar kepala’ kerana sebelum beliau juga pernah campur tangan urusan kerajaan negeri Kelantan yang mahu melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.

https://youtu.be/yqqdEb82w9E

ADUN Meranti itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Perasmian HARAP 3.3 di Kampung Pada Mengkuang, Marang pada Jumaat 26 Februari.

Ustaz Nasaruddin berkata, sekiranya Lim Guan Eng tidak mahu Azmin campur tangan hal ehwal kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau jangan campur hal dan polisi kerajaan Kelantan.

“Saya nak bagi tahu kalau dia (Lim Guan Eng) kata pada PKR jangan campur soal Pulau Pinang (ambil tahu) soal Selangor sudah lah, kenapa DAP campur tangan soal PAS Kelantan?

“bila kita nak buat hudud di Kelantan, yang dia campur tangan pasal apa? ini kah demokrasi (kepada DAP)?,”katanya.

Katanya, rakyat Kelantan mahu agar undang-undang Hudud di laksananakan dan telah dipersetujui oleh semua wakil rakyat pada persidangan DUN Kelantan.

“rakyat Kelantan nak, wakil rakyat Kelantan semua sokong hudud, Sultan Kelantan nak Hudud dilaksanakan di Kelantan, apa hak dia nak halang kita?,”ujarnya lagi.