KUALA NERUS – Pengerusi Penaja cawangan baru Sepetir Rendang, Harun Abdullah berkata Pengarah Majlis Tndakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang tidak perlu menjadi ‘dagang’ lagi.
Menurut Harun, dengan penubuhan cawangan baru itu kekuatan PAS akan bertambah dan in shaa Allah akan memenangi DUN tersebut pada pilihan raya umum yang akan datang.


“kta pakat sokong dia dan in shaa Allah kita akan menang DUN ini,”ujarnya ketiak berucap pada majlis Perasmian Cawangan tersebut di sini hari ini, 9 Februari.
Bekas Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu itu juga mengkritik dasar dan tindakan kerajaan Umno Terengganu yang tidak pandai mengurus tadbir.
“kita buat lebuh raya kerajaan Terengganu keluar wang RM3.4 bilion, kerajaan Persekutuan hanya keluar RM300 juta sahaja,


Beliau mendakwa Jabatan Peguam Negara juga meminjam wang dari kerajaan negeri Terengganu menyebabkan kerajaan tidak mencukupi dana untk menampung pembiayaan pelajaran anak-anak negeri Terengganu.
Katanya wang kerajaan negeri Terengganu turut digunakan kerajaan pusat untuk membina projek perumahan dinegeri-negeri lain selain Terengganu.
Pelancaran rasmi cawangan Sepetir Rendah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr. Khairuddin Aman Razali, yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.


Perasmian Cawangan baru itu adalah sempena ‘Program YB Cakna Rakyat’ Ahli Parlimen Kuala Nerus, yang melibatkan program sehari suntuk, bermula dengan kuliah subuh, rawatan kesihatan, jamuan rakyat, ziarah kebajikan dan cakna orang muda.



























