Oleh : Azizah Mahmood


Program ‘Retreat’ Media Negeri Terengganu berlangsung pada 29 hingga 30hb Januari di Chalet Lata Belatan dengan peserta seramai 25 orang mewakili 8 kawasan Kuala Terengganu yang mengumpulkan wartawan muda dan jurugambar.
Matlamat program memantapkan kemahiran media yang progresif lagi kreatif itu, telah menjemput tokoh-tokoh wartawan dan jurufoto yang berkaliber untuk berkongsi ilmu kewartawanan.


“jangan rasa kita tak pandai selagi kita tak mencuba, tak mengapa andai tulisan kita tidak di terima jauh sekali di terbitkan,
“yang penting kita terus menghasilkan berita yang benar-benar berkualiti, dan dapat membawa agenda yang kita mahu dalam membantu Parti kita,” ujar beliau, menuturkan kata dalam program Perkongsian Pengalaman sebagai seorang orang media.
Sesi soal jawab adalah ruang memberi banyak penyelesaian liku-liku permasalahan kewartawanan, yang dapat di rungkai terutama menyentuh persoalan utama ‘5W 1H’.


Kesungguhan dan masa untuk menjadikan setiap berita itu, adalah factor penting untuk menarik minat pembaca.
Itu antara ucapan Rizal Tahir, nama yang tersohor dalam penghasilan gambar-gambar menarik hasil pemilihan sudut pandang beliau yang unik .


Dalam kata-kata beliau yang paling berkesan, menyebut, ” jangan malu untuk ke depan jika sudut pandang itu yang paling menarik untuk kita merakam gambar yang unik, jurufoto yang baik akan menilai setiap sudut itu hidup dan ada cerita yang tersendiri”.


“kerja kewartawanan ini melatih kita menjadi individu yang jujur tidak mementingkan diri bahkan meletakkan matlamat yang jelas tanpa di pengaruhi unsur-unsur negatif, itu ciri penulis yang perlu ada.
“Bakat Akan datang jika kita bersungguh dan berminat dan kita kena yakin dengan keupayaan kita,”ujar beliau yang sudah berkhidmat lebih 14 tahun bersama Harakah.
Menurutnya, kerja kewartawanan ini bukan tempat untuk kita cari pendapatan lumayan.


Pengerusi Unit Media dan Penerbitan Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu Sazali Mohd Noor yang menjadi moderator, banyak bertindak sebagai ‘penyuluh jalan’.
Program ‘Bual Bicara’ begitu ‘hidup’ sehingga dua jam masa berlalu tanpa disedari, malam sudah merangkak ke waktu dinihari.
Banyak persoalan terurangkai, terutamanya soal pokok bagaimana mahu meningkatkan muu penulisan serta kaedah asas bagaimana mahu menjadi penulis yang ‘istiqamah’.


Program berakhir lewat pada hari pertama, kira-kira jam 12.30 tengah malam, setelah para peserta memerah keringat, meributkan otak dan pemikiran.
Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang mempengerusikan program ‘Brainstorming’ mengucapkan tahniah kepada semua ahli keluarga media yang hadir untuk menimba ilmu.


Sebelum meninggalkan tapak ‘retreat’ pada pagi Sabtu, anggota KAMI dari kawasan Dungun Narza Muda menyampaikan tazkirah selepas solat subuh.
Antara lain, pesananya yang pastu tidak akan dilupakan oleh para peserta, beliau menyebut, “ambillah ilmu yang sedikit untuk menjadikan ianya besar bagi kita dan teruskan menulis dan menulis dan menulis,”.
***Azizah Mahmood atau dipanggil dengan manja dengan gelaran ‘Kak Zah’ adalah merupakan aktivis ‘superwoman’, menganggotai KAMI dan Ahli Jawatankuasa Unit Media & Penerbitan Lujnah Penerangan PAS Terengganu serta enam Lujnah lain.






























