Oleh : Azizah Mahmood


PAS Kawasan ini dilihat telah berjaya memasyarakatkan parti itu melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak serta lujnah-lujnah dalam Program yang berlangsung semalam, 30 Januari.


Dua tokoh pendakwah tersohor yang tak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kamaruzaman Abdullah embuka tirai acara dengan menyampaikan kuliah dhuha secara ‘berduet’.
Berakhir program ilmiah yang menyegarkan pagi Sabtu hari cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu, kedua-dua Ustaz yang menjadi ikon anak-anak muda itu, memulakan ‘panahan’ pertama dalam aktiviti memanah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan.


Dewan Muslimat Kuala Terengganu mewarnai dunia kehidupan kaum hawa dengan Demonstrasi Masakan dan Pertandingan Bayi Sihat.
Manakala Ameerah dengan ‘riuh rendah’ aktiviti sukanekanya dan anak-anak dari 23 buah Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) seluruh daerah, ceria membuat contengan dengan pelbagai kaarenah dalam Pertandingan Mewarna.


Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga bekas Yang DiPertua Kawasan Kuala Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, tersebyum lebar ‘menuai tanaman musim lalu’ beliau.
“Saya melihat program ini sebagai satu tindakan yang amat penting dalam kita mengemaskini maklumat ahli kita dan sebagai langkah kita mendaftar seramai mana ahli, yang layak menjadi pengundi,


Abdul Wahid sehingga kini, sudah masuk enam penggal diberikan mandat dan amanah menjadi wakil rakyat DUN Wakaf Mempelam, ‘istiqamah’ berada di tapak program, dari awal sehingga ‘tirai dilabuhkan’.


Zainuddin Mohd yang berasal dari Kampung Ladang, mengambil peluang bersempena Hari Bersama Pelanggan itu membuat ‘kad ahli PAS bergambar’ yang sudah lama diidamkannya.
“banyak benda yang saya dapat, bila hadir ke program ini…………..antaranya isteri saya boleh mengikuti program Muslimat dan saya sendiri, ada tiga, empat perkara saya buat,
“disamping bertemu mata dengan pemimpin, saya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PAS, membuat kad ahli bergambar dan banyak lagi,”ujarnya


Bagi beliau, program pengisian rohani kuliah dhuha adalah pilihan utama sementara anak-anak serta cucunya sibuk menyertai acara sukaneka dan lain-lain.
“saya datang dengan anak serta cucu, saya merasai kelainan dapat mengikuti kuliah Ustaz Azhar yang berduet dengan Ustaz Kamaruzaman dan anak-anak serta cucu masuk acara sukaneka,


Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah melahirkan rasa puas hati dan suka cita diatas kejayaan program tersebut yang pertama kali diadakan.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Panitia Program dan seluruh ahli serta penyokong PAS serta agensi dan NGO yang mengambil bahagian.


“kepada semua agensi PAS dan para NGO yang telah menjayakan Hari Bersama Pelanggan ini…..insha Allah kita akan bincang bagaimana mungkin kita akan dapat lanjutkan kejayaan ini untuk kita mengekalkan kemenangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang,”katanya selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan cenderahati di penghujung program.





























