KUALA NERUS – Fenomena air pasang besar serta angina kencang telah melanda Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Mengabang Telipot di Kuala Nerus menyebabkan lebih 20 buah rumah yang terletak berhampiran pantai dibadai ombak.


Beliau yang pernah menggesa pihak berkuasa sebelum ini agar membina pulau-pulau pemecah ombak bagi mengurangkan kesan malapetaka tersebut, berharap kerajaan dapat membinannta dengan segera.
“saya berharap pihak erajaan dapat membina segera pulau-pulau pemecah ombak, ia tidak boleh ditangguh………..kita tak boleh nak kata (berapa buruk) kesannya tapi (dengan pembinaan itu) kita boleh mengawal kesannya,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat penduduk yang terkesan akibat air pasang yang tidak diduga itu di Kampung Tengah, dekat sini semalam, Isnin 25 Januari.


“kita mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membina penempatan baru kepada penduduk, tapi mereka sudah ada pekerjaan yang berkaitan dengan perikanan, membuat keropok,menjadi nelayan dan sebagainya,
“agak sukar mereka untuk meninggalkan kawasan ini, jadi kalau terpaksa (berpindah) ke kawasan baru kita mengalu-alukan, (cuma pada peringkat ini) ia boleh dikawal,”ujarnya.
Menurut seorang penduduk yang menjadi mangsa, air pasang besar mula berlaku sejak petang semalam namun lewat malam tadi keadaannya lebih buruk sehingga air masuk ke dalam rumah.


“(cuaca) panas dua tiga hari lepas, tiba-tiba petang kelmarin angin (kuat) datang tiba-tiba,”kata beliau yang mahu dikenali sebagai Kak Mah sahaja.
Katanya, sebuah rumah yang berdekatan dengan ‘bangsal keropok’ milik ibunya telah musnah dipukul ombak dalam kejadian semalam.
“habis dah sebuah rumah, dekat ‘bangsal keropok’ emak saya bau sekjap tadi, air semakin naik…….menghakis tanah dibahagian bawah rumah,”tambah beliau.


“air mula pasang (besar malam ini) pada waktu magrib (tadi) dan kemungkinan akan naik lagi………batu dia (kerajaan) bubuh sekat (setakat) ini sahaja,
“katanya tak boleh sambung lagi kerana tak ada duit……tak ada peruntukan, peruntukan hanya ada 100 meter sahaja,”jelas Salim, ketika ditemui berahmpiran dengan rumah yang didiami oleh adiknya.
Beliau dengan bantuan Unit Amal Kawasan Kuala Nerus sedang memindahkan barang-barang milik adiknya dari rumah itu kerana bimbang rumah tersebut akan dipukul badai.
Berita Sebelum ini;
Hakisan Pantai ‘Membarah’; Bina Pulau Buatan Pemecah Ombak Dengan Segera
https://youtu.be/1xlTldI2YSo


























