Kumpulan Islam Liberal Menetang Apa Sahaja Perjuangan Menegakkan Syariat Allah

1404

KUALA TERENGGANU – Tindakan saman yang dibuat oleh 4 individu terhadap Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkaitan cadangan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member’s Bill) di Parlimen, menunjukkan PAS berada di landasan yang betul.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor berkata PAS konsisten memperjuangan Islam dan undang-undang syariah walaupun halangan dan kekangan yang cukup besar.

“PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru berada di landasan yang betul dan menunjukkan konsisten kita semenjak penubuhan PAS tahun 1951 bagaimana pewartaan (kanun jenayah syariah) negeri Kelantan pada tahun 1993,

“kita sentiasa memperjuangkan undang-undang syariah walaupun kita tahu halangannya yang besar, (dan) kita tahu ada pihak yang diluar sana kelompok yang terlibat dengan Pakatan Harapan terlibat (juga) dengan Islam Liberal yang menentang syariat,”tegasnya.

Menurutnya, pendapat mereka yang berkata ‘moral tidak boleh diperundangkan‘(moral can not be legislated) menunjukkan sikap mereka yang tegas menentang apa sahaja yang berkait dengan syariat dan Islam yang diperjuangkan PAS.

Bagi mereka, kata beliau, dosa-dasa peribadi bukanlah satu jenayah tetapi PAS menurut dasar al-Quran yang menwajibkan perlaksanaan ‘amar makruf nahi mungkar’.

https://youtu.be/jn5bKGY9iUE

Katanya, golongan tersebut turut memperlekehkan banyak perkara yang berkaitan dengan ‘Feqah Islam’ seperti perempuan tidak boleh menjadi imam, membantah hukum harta pusaka dan hak untuk berpoligami.

“kumpualan liberal Islam ini kita dapat lihat dalam lama sesawang yang menentang perundangan Islam, melecehkan banyak berkata feqah (hukum) Islam,

“kelompok ini sedang berkembang di negara kita merupakan jangkitan dari Jaringan Islam Liberal dari Indonesia,”katanya.

Menurutnya, beliau telah diberi amaran ketika bertemu dengan Ketua Dewan Dakwah Islam Indonesia Allahyarham Ustaz Husin Omar pada 2002 dan diberi ingatan agar supaya mengambil perhatian tentang perkembangan golongan itu.

Oleh itu, beliau berkata, ia terbukti apabila kumpulan tersebut membawa kes ke mahkamah dan menyaman Presiden PAS.

Walaupun begitu, katanya, PAS akan terus berdakwah serta memperjuangkan aspirasi untuk melaksanakan syariat Islam.

“bagi kita……orang-orang Islam, ia satu kemenangan kepada Tok Guru dan PAS konsisten dalam usaha kita melaksanakan syariat Islam,

“kita (akan) terus berdakwah (dan) kita terus berjuang dan merasakan (sesungguhnya) kelompok Muslim bersama dengan kita,”ujar belaiu yakin.

Katanya, PAS akan terus relevan kerana PAS memperjuangkan Islam.