

Sahabat baik saya, blogger Cina Islam, YB Drs Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong mengirimkan pesanan. “Saya akan jawab dalam ceramah di Setiu esok (4 Oktober) siapa sebenarnya gila dan siapa sebenarnya pengkhianat yang mengadaikan bangsa dan negara, DAP atau Umno!” Ujarnya merujuk kepada program ceramah umum anjuran Pas Kawasan Setiu di Sungai Bari, Langkap malam esok.
Naib Presiden PAS, YB Dato’ Mahfuz Omar yang ditemui oleh editor Buletin Online, Saudara Sazali Mohd Noor mengulas bahawa tidak ada salahnya memberikan tanah kepada orang Cina atau bangsa lain yang berhak kerana mereka juga adalah rakyat di dalam negara ini. Kewajipan pemerintah untuk memberikan keadilan kepada semua rakyat. Memaki orang lain dengan perkataan gila adalah perbuatan biadap dan tindakan orang yang kehabisan modal.
Ternyata Umno bukanlah wadah perjuangan untuk mereka yang dengan maaf saya ingin panggil ‘ulama’. Di mana Dr Yusof Noor, Dr Hamid Osman, Dr Mashitah Ibrahim, Abdul Hamid Zainal Abidin, Jamil Khir Baharom, Haji Ghazali Ahmad, Abdul Latif Mohamad yang terkenal dengan program STP (Selamat Tinggal Pas), Nakha’ie Ahmad dan ramai lagi. Kesian mereka… Apatah lagi kalau setakat Abdullah Sa’amah.
Berita berkaitan:
Ceramah Umno Besut ; ‘Maki Hamun’ dan ‘Sumpah Seranah’ Amat Biadap





























