Khairy Bukan Pengurus Berjaya, FAM Perlu Dirombak Segera

1524

Oleh: Ahmad Faizol

KUALA TERENGGANU – Jabatan Seni,Budaya dan Sukan (Department of Art, Culture and Sp0rt – DACS) Pemuda PAS Terengganu menmbidas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy bin Jamaluddin berkenaan respon beliau terhadap prestasi pasukan bolasepak Malaysia.

IMG-20150912-WA0116Ketuanya, Ahmad Zulkaramie Salleh [Gambar kanan] berkata walaupun berkelulusan luar negara dan pernah terlibat dalam satu program realiti TV bolasepak tempatan, ia bukan bermakna Khairy adalah seorang pengurus yang berjaya.

“Mempunyai ijazah dari universiti luar negara dan pernah terlibat dengan program realiti tv bolasepak bukan bermaksud anda seorang pengurus yang berjaya dalam bolasepak dan begitu juga bagi mereka yang mempunyai pangkat Dato atau kedudukan politik,”ujar Zulkaramie dalam satu kenyataan.

Beliau melihat keterlibatan ahli politik dalam bidang sukan bola sepak di tanahair hanyalah untuk mencari ‘publisiti’ murahan walaupun dari sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu memberi manfaat kepada pasukan yang bertanding.

“Seperkara yang menyedihkan dalam bolasepak negara ialah penglibatan ahli-ahli politik. Memang benar, daripada sudut kewangan penglibatan ahli-ahli politik itu membawa manfaat.

khairy“Walaupun Mereka mampu menarik dana yang diperlukan untuk mengurus persatuan bolasepak tempatan, tapi umumnya adalah untuk mencari publisiti bagi ‘batuan politik,”jelasnya

Beliau menggesa, agar pihak terbabit mengambil tindakan segera melakukakn satu reformasi menyeluruh keatas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Antaranya beliau mennyarankan agar badan bola sepak itu ditadbir oleh orang yang berkelayaan dan mempunyai kepakaran dalam bidang sukan itu..

“FAM perlu ditadbir oleh mereka yang mempunyai kredibiliti dalam bolasepak. Sama ada mereka terlibat dengan sukan tersebut atau yang mempunyai kelulusan dan kepakaran dalam bolasepak”

UAE's Ali Ahmed Mabkhout (L) fights for the ball with Malaysia's Mohd Afif Bin Amiruddin (C) and Muhammad Zamir during their AFC qualifying football match for the 2018 FIFA World Cup at the Mohammed Bin Zayed Stadium in Abu Dhabi on September 3, 2015. AFP PHOTO / KARIM SAHIB

Mengambil contoh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), Zulkaramie berkata, Presidennya ialah Angel Maria Villar merupakan bekas pemain pertahanan Sepanyol manakala Presiden Persatuan Bolasepak Jerman

“(DFB) Wolfgang Niersbach pula ialah seorang wartawan sukan bolasepak sebelum menyertai DFB,”katanya dan menambah, walaupun ramai peminat bola sepak tempatan menyokong pasukan luar negara dalam kejohanan peringkat dunia, namun lebih membanggakan jika pasukan Malaysia dan laungan lagu Negaraku berkumandang di Piala Dunia.

Kekalahan pasukan negara 10 – 0 dengan pasukan UAE dalam pusingan kelayakan Piala Asia Pada 3 September lalu, menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri 1-1 menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

“Kemestian untuk merombak FAM lebih mendesak apabila berlaku kejadian yang tidak diingini pada perlawan dengan Arab Saudi pula,”ujarnya lagi