Tiga PRK Bersama, Akhirnya Kau Pergi Jua……….

1738

Oleh: SMN

Menjadi ‘orang media’memang sentiasa mendampingi orang ramai, khususnya di kalangan pemimpin yang menjadi sumber berita, dan menjadi kebiasaan, pemimpin kadang kala tidak berapa ‘perasan’ tentang kehadiran seorang aktivis media.

Apatah lagi dalam program dan aturcara yang padat, orang media yang bukan mahu menjadi ‘popular’ tidak dikenali oleh pemimpin, namun begitu orang media tidak mudah lupa.

Selaku kepimpinan PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohamed memang orang lama, yang dikenali oleh tua dan muda, kerana ‘aktivisme’nya dan mungkin juga kerana beliau seorang ‘Tok Syed’.

Saya mula mengenali beliau sejak pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanggang lagi pada tahun 2000, 15 tahun yang lalu.

Tetapi pada masa itu, saya belum menjadi penggiat media, hanya aktivis PAS dan kebetulannya membantu seorang Exco kerajaan PAS Terengganu, ketika itu.

syed adun kuala semantan2Walaupun cuma ‘kenal jauh-jauh’ mungkin, Tok Syed Hamid ‘sekira-kiranya’ sudah matang, ketika itu sudah melepasi umur pemuda, 43 tahun dan pernah bersama=sama kepimpinan pemuda Pusat di era alMarhum Ustaz Abu Bakar Chik.

Pada tahun 2011, saya sekali lagi ke Sanggang yang telah ditukar menjadi DUN Kerdau, kerana kerusi N.28 Kerdau kosong ekoran kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, pada 12 Februari.

Kali kedua bertemu dengan Syed Hamid, lebih dekat dan agak mesra, kerana saya datang selaku orang media, bersama beberapa rakan aktivis media yang lain.

Rata juga DUN Kerdau saya pusing, dan oleh kerana yang menjadi calon Umno dan Barisan Nasional pada masa itu adalah juga seorang ‘Tok Syed’, saya dibawa oleh Syed Hamid ke perkampungan ‘Tok-tok Syed’ di Kuala Tekal.

Ketika itu barulah saya tahu, dalam negara kita yang mengamalkan Islam ini, tanah perkuburan di kampung Kuala Tekal hanya dikhususkan kepada golongan ‘Tok-tok Syed’ sahaja.

Kerana sokongan ‘Tok-tok Syed’ dan hormatnya orang-orang DUN Kerdau kepada calon Umno Syed Ibrahim Syed Ahmad, dilaporkan menjadi salah satu fator kemenangan BN pada PRK Kerdau.

Bila musim PRK datang lagi di negeri Pahang pada bulan Mei lalu, sekali lagi selaku ‘orang media’ saya turun memberikan khidmat kepada parti dan jamaah.

syed adun kuala semantan1Pilihan raya kecil Rompin 2015 diadakan pada 5 Mei 2015 setelah kematian ahli parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam kemalangan helikopter di Semenyih Selangor.

Hubungan saya dengan Tok Syed Hamid menjadi lebih rapat, kerana secara kebetulan, saya dan kawan-kawan dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) iaitu Zam zam dan Nazmi ditugaskan mengikuti calon ke Pulau Tioman.
Beliau masih ingat ketika kami bersama, menjalankan kerja-kerja kempen pada PRK DUN Kerdau.

Pada PRK Rompin, Syed Hamid pula diberikan tugas untuk menjaga peti undi Pulau Tioman.

Beliaulah yang menyambut rombongan calon PAS Ustaz Nazri Ahmad bersama-sama pemimpin lain termasuk Dato’ Timbalan Presiden PAS Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Muslimat Ustazah Nuridah Salleh.

Sambil-sambil berkempen di pulau Tioman itu, dalam sembang-sembang dengan ADUN Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamed, terpacul juga dari mulutnya beberapa perkataan yang beliau ketika itu, tidak sealiran dengan apa yang dilabelkan sebagai ‘golongan ulamak’.

Nada percakapan beliau pun agak berbeza dari zaman kami bersama ke Kampung Kuala Tekal pada PRK DUN Kerdau, empat tahun sebelumnya.

Oleh itu, tidak hairanlah bagi saya, bila Tok Syed Hamid bertindak mengisytiharkan dirinya keluar PAS semalam,  rupanya beliau belum matang berpolitik, kerana sudah ada ‘tanda-tanda kecewa’ yang beliau luahkan, di Pulau Tioman!